Thursday 23 August 2012

Klausa


Definisi

Klausa ialah deretan kata yang mempunyai subjek dan predikat, yang menjadi konstituen ayat. Dari segi struktur, klausa sama dengan ayat kerana mempunyai subjek dan predikat. Dari segi fungsi, klausa sama dengan frasa kerana berfungsi pada frasa tertentu dalam ayat. Klausa terbahagi dua, iaitu klausa utama dan klausa subordinat. Klausa utama tidak memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat, tetapi klausa subordinat, memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat. Klausa utama dikenali juga dengan nama klausa bebas kerana diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa subordinat dikenali juga dengan nama klausa tak bebas kerana tidak ditandai intonasi yang lengkap.
Jenis-jenis klausa 


Contoh ayat:

Roslan berjaya kerana dia belajar dengan bersungguh-sungguh.
Dalam ayat ini, jenis klausa tersebut adalah seperti yang berikut:

Roslan berjaya
Klausa bebas(klausa utama)
kerana dia belajar dengan bersungguh-sungguh
Klausa tak bebas

Fungsi klausa dalam ayat majmuk pancangan

      Subjek:          Apa yang terjadi masih menjadi kenangan
      Objek:            Semua orang mengetahui bahawa tuduhan itu                               
                            fitnah belaka
      Pelengkap:   Semua orang tahu bahawa isterinya orang Siam
      Penerang:    Saya mendapat khabar bahawa dia sudah berumahtangga
      Keterangan: Mahasiswi itu menangis kerana terlalu gembira 

Golongan klausa

      Klausa Nama: klausa yang dapat menggantikan KN /FN dalam ayat
                                     bahawa, kata tanya, kata kerja.
      Klausa adjektif: kata penghubung yang menghubungkan dua ayat, dan fungsinya sama dengan kata adjektif.                           
      Klausa keterangan: klausa yang berfungsi sebagai adverba dalam ayat kompleks, dan dapat menggantikan kata/frasa keterangan
                                     masa, sebab musabab, akibat, syarat, tolak ansur, tujuan,

Klausa nama: bahawa

Subjek:          *Bahawa kenyataannya itu salah tidak dapat dinafikan lagi.


*Bahawa beliau itu ulama sudah diketahui orang banyak.
Objek:            *Mahasiswa itu mengetahui bahawa dia akan berjaya.                          
*Saya melihat bahawa sedikit sekali mahasiswa  yang datang kuliah pada hari ini.
Komplemen:
*Pendapatnya ialah bahawa kegawatan ekonomi semakin hebat selepas SUKOM
*Ideanya ialah bahawa kita mesti berkorban demi negara tercinta

Klausa nama: kata kerja

      Subjek:          *Bertanya itu akan menambahkan pengetahuan.                   
*Membaca puisi dapat meredakan kemarahan.
      Objek:            *Orang itu mencuba memasak nasi.
      Komplemen:            *Cita-citanya ialah menjadi peragawati.                         
                                                *kegemaran isterinya ialah mengail ikan.                                                
Klausa sifat: yang
      Aminah seorang perawan yang berusia 20 tahun.
      Mahasiswa yang tinggal berhampiran dengan sekolah itu telah balik ke kampung.
      Istana yang tersergam indah di atas bukit Sebukur itu istana sultan Melaka.
      Polis yang mati ditembak semalam itu berasal dari Sabah.
      Amaran yang dikeluarkan oleh kerajaan mesti dipatuhi oleh semua rakyat.
      Kehidupan yang penuh pancaroba ini perlu dihadapi dengan tabah.

No comments:

Post a Comment