Monday 13 August 2012

Alat Artikulasi


KONSEP ALAT ARTILUKASI

Menurut Kamus Dewan, alat membawa maksud bahagian tubuh manusia yang mengerjakan sesuatu atau organ ( 1998 : 27 ). Tutur pula bererti apa yang diucapkan, kata, perkataan atau ucapan ( 1998 : 1502 ). Manakala peranannya menjelaskan maksud mempunyai peranan, tugas, fungsi atau memainkan sesuatu peranan ( 1998 : 1011 ). Dalam pula menjelaskan tentang antara, bahagian atau yang berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu ( 1998 : 264 ). Pengeluaran pula membawa maksud perihal mengeluarkan, usaha ( proses ) menghasilkan atau penghasilan (1998:620 ). Bunyi mengikut Kamus Dewan merupakan sesuatu yang kedengaran atau dapat didengar ( 1998 : 191 ).

Manakala bahasa ialah satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia iaitu antara seorang individu dengan individu yang lain ( 1998 : 87 ). Melayu pula menjelaskan maksud nama suatu bangsa dan bahasa ( terutama di Semenanjung Malaysia ) ( 1998 : 874 ) Jelaslah sudah bahawa definisi berkaitan tajuk ini ialah membincangkan bahagian- bahagian alat artikulasi pada tubuh manusia dan seterusnya menyatakan peranan alat-alat tersebut sewaktu atau dalam menghasilkan bunyi bahasa. Kesemua alat yang dinyatakan di atas berfungsi bagi menghasilkan bunyi bahasa ( vokal, konsonan dan diftong ) yang dilabelkan mengikut alat dan daerah pengeluaran yang terlibat. Tegasnya bunyi bahasa merupakan bunyi-bunyi yang berfungsi di dalam pertuturan.

Bunyi-bunyi bukan bahasa pula adalah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat tutur ( artikulasi ) manusia tetapi masih belum dapat dianggap sebagai bunyi salah satu bahasa di dunia ini. Contoh-contoh bukan bunyi bahasa ialah bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi orang berdehem, tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa, mendengkur, bunyi orang kedinginan ( menggigil ) dan sebagainya.

ALAT-ALAT ARTIKULASI

Alat tutur ( artikulasi ) atau disebut juga artikulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa terdiri daripada alat-alat yang berikut:

i. Paru-paru ( lungs ).
ii. Batang tenggorok ( trachea ).
iii. Pangkal tenggorok ( larynkx ).
iv. Pita-pita suara ( vocal cord ).
v. Krikoid ( cricoid ).
vi. Tiroid ( throid ) atau halekum.
vii. Aritenoid ( arythenoids ).
viii. Dinding rongga kerongkong ( wall of pharynx ).
ix. Epiglotis ( epiglottis ).
x. Akar lidah ( root of the tongue ).
xi. Akar lidah, lidah belakang, pangkal lidah ( hump, back of tongue, dorsum ).
xii. Tengah lidah ( middle of the tongue, medium ).
xiii. Daun lidah ( blade of the tongue, lamina ).
xiv. Hujung lidah ( tip of the tongue, apex ).
xv. Anak tekak ( uvula ).
xvi. Langit-langit lembut ( soft palate, velum ).
xvii. Langit-langit keras ( hard palate, palatum ).
xviii. Gusi dalam, gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi alveola, ( alveolum ).
xix. Gigi atas ( upper teeth, deria ).
xx. Gigi bawah ( lower teeth, denta ).
xxi. Bibir atas ( upper lip, labia ).
xxii. Bibir bawah ( lower lip, labia ).
xxiii. Mulut ( mouth ).
xxiv. Rongga mulut ( oral cavity, mouth cavity ).
xxv. Rongga hidung ( nose cavity, nasal cavity ).




No comments:

Post a Comment