Tuesday 14 August 2012

Bentuk kata


Kata tunggal

Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih.

 Kata tunggal satu suku kata

Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu amat terhad, iaitu kira-kira 500. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa-bahasa asing, terutama bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

            Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut :
Kata tunggal satu suku kata

KV
yu, ru, ya  

KKVK
stor, pruf, dril
KKKVK
skrip, straw
KKKV
skru
KVKK
teks, bank, volt
KVK
tin, sen, bom


VK
am
 












Kata tunggal dua suku kata

            Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Antara pola-pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti yang berikut :

Kata tunggal dua suku kata

V+KV
aku (a + ku)
KV + KV
mata (ma + ta)
VK + KV
undi (u +ndi)
KVK + KV
lampu (lam + pu)
VK + KVK
         umpan (um + pan)
KV + V
doa (do + a)
KV + VK
buih (bu + ih)
KV + KVK
telur (te + lur)
KVK + KVK
bandar (ban + dar)
V + KVK
emas (e + mas)
V + VK
aur (a + ur)
 























Kata tunggal tiga suku kata

            Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak sedikit. Perkataan-perkataan tiga suku kata ini banyak daripadanya ialah kata-kata pinjaman. Antara pola-polanya ialah :

Contoh perkataan
Pola kata tunggal tiga suku kata

Armanda
VK + KVK + KV
Budaya
KV + KV + KV
Cerakin
KV + KV + KVK
Derhaka
KVK + KV + KV
Empulur
VK + KV + KVK
Falsafah
KVK + KV + KVK
Gelombang
KV + KVK + KVKK
Hikayat
KV + KV + KVK
Isteri
VK + KV + KV
Jentera
KVK + KV + KV
Menantu
KV + KVK + KV
Organik
VK + KV + KVK
Peluang
KV + KV + VKV
Qasidah
KV + KV + KVK
Rezeki
KV + KV + KV
Sempurna
KVK + KVK + KV
Utara
V + KV + KV
Yayasan
KV + KV + KVK
Tenggara
KVKK + KV + KV


  Kata tunggal (akronim)

            Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Akronim boleh ditulis dengan tiga cara.

Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar.

            Contoh :

                         LUTH        -        (Lembaga Urusan dan Tabung Haji)
                         ABIM        -        ( Angkatan Belia Islam Malaysia)
            
Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya.(jika bukan nama khas)

            Contoh :

                        tabika        -          (taman bimbingan kanak-kanak)
                        cerpen       -          (cerita pendek)

Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata itu menjadi nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar.

Contoh :
             Bernama     -       (Berita Nasional Malaysia)
             Pernas         -       (Perbadanan Nasional)
             Intan           -        (Institut Tadbiran Awam Negara)


  Bentuk kata terbitan

         Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.

Kata terbitan berawalan

         Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.
Contoh :

awalan kata nama
  pe -             pekebun, pelaut, peladang, pesawah, pekedai.
    pem -          pembesar, pembaca, pembajak, pembelot, pemburu.
 pen -           pencuri, penjaja, pendengar, pentadbir, pentafsir.
    peng -         penggali, penghantar, pengkaji, pengurus, pengasuh     penge -       pengecat, pengebom, pengetin. ke -            ketua, kekasih, kekanda.
juru -          juruterbang, juruwang, jurubahasa, jururawat.
maha -        mahasiswa, maharaja, mahaguru.
  tata -           tatabahasa, tatacara.
pra -           prakata, prasejarah, prasyarat, prasekolah, prauniversiti.
     eka -           ekabahasa, ekawarna.
dwi -           dwibahasa, dwifungsi.      
           
awalan kata kerja     

1.    me -            melihat, melawat, merawat, merebus, melombong, melompat.
2.    mem -         membaca, membesar, membawa, membilang.
3.    men -          mendayung, mendaki, mencari, mencuri.
4.    meng -        menghijau, mengambil, mengkritik, mengkaji.
5.    menge -      mengebom, mengecat, mengelap, mengekod, mengetin.
6.    memper -    mempersuami, memperisteri, memperlebar, memperhamba.
7.    ber -            berlari, bercukur, berfikir, berbuah, bertanya, bersuara.
8.    be -             bekerja, berasa, beraja.
9.    ter -             termakan, tersepak, terambil, terminum.
 
awalan kata adjektif

1.    ter -            terkecil, terbesar, tertinggi, terkurus.
2.    se -             sehodoh, secantik, senipis, setebal. 

 Kata majmuk

         Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan mewujudkan makna  tertentu. Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu :
Rangkai kata bebas.

Bil
Contoh
1
naib cancelor
2
ketua menteri
3
terima kasih
4
menteri besar
5
alat tulis
6
jalan raya
7
meja tulis
8
janji temu
9
cita rasa
10
pegawai tadbir


                                                                             Istilah khusus

Bil
Contoh
1
mata pelajaran
2
kaji selidik
3
kertas kerja
4
atur cara
5
uji kaji
6
reka cipta
7
reka bentuk
8
urus niaga

            
Maksud kiasan
Bil
Contoh
1
mulut murai
2
kaki ayam
3
kaki bangku
4
hati batu
5
pilih kasih
6
kaki judi
7
duit kopi
8
bulan madu
           




Kata majmuk yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan.

Bil
Contoh
1
matahari
2
pesuruhjaya
3
olahraga
4
warganegara
5
kerjasama
6
kakitangan
7
tanggungjawab
8
tandatangan
9
jawatankuasa
10
suruhanjaya
11
bumiputera
12
sukarela
13
beritahu
14
setiausaha
15
antarabangsa
               
Penggandaan kata majmuk

Gandaan unsur pertama

Bil
Contoh
1
naib-naib canselor
2
timbalan-timbalan menteri
3
pegawai-pegawai tadbir
4
perdana-perdana menteri
5
mata-mata pelajaran
6
kertas-kertas kerja

Gandaan seluruh kata

Bil
Contoh
1
kakitangan-kakitangan
2
suruhanjaya-suruhanjaya
3
setiausaha-setiausaha
4
pesuruhjaya-pesuruhjaya

  Kata ganda

Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata dasar. Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar, sebahagian kata dasar, atau digandakan secara berirama. Pengulangan seluruh kata dasar disebut penggandaan penuh, pengulangan sebahagian kata dasar disebut penggandaan separa, manakala pengulangan kata dasar yang berirama disebut penggandaan berentak.

Penggandaan penuh
      i.        elok-elok
    ii.        orang-orang
   iii.        tiba-tiba
   iv.        sama-sama
Penggandaan separa
      i.        jejari
    ii.        lelayang
   iii.        rerama
   iv.        lelangit
Penggandaan berentak
      i.        dolak-dalik
    ii.        riuh-rendah
   iii.        kayu-kayan
   iv.        lauk-pauk


No comments:

Post a Comment