Monday 13 August 2012

PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI


Konsep Fonologi

Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia (Ali Mahmood, 2010). Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa.

Konsep Fonetik

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia (Indirawati Zahid, 2006). Fonetik ialah kajian yang  ditinjau dari segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu,fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa dan pendengaran (Ali Mahmood, 2010).

Konsep Fonemik

Fonemik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu (Ali Mahmood, 2010).

No comments:

Post a Comment