Monday 13 August 2012

KESAN AKHLAK MULIA KEPADA NEGARA


   Kesan kepada Negara

    Kadar jenayah dalam negara menurun 

Pengabaian kepada akhlak yang mulia boleh membawa kesan yang teruk kepada masyarakat seperti peningkatan kadar jenayah. Penglibatan manusia di dalam akhlak yang buruk akan mudah menyebabkan mereka dengan terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang memudaratkan. Dengan itu, mereka akan mudah lagi untuk melibatkan diri dengan aktiviti jenayah disebabkan oleh hati mereka yang gelap disesatkan oleh syaitan dengan akhlak mereka yang tidak baik. Ini akan menyebabkan masyarakat tidak lagi akan hidup selesa dan mereka selalu akan rasa terancam dalam kehidupan mereka. Justeru itu, pengamalan akhlak yang baik akan membantu menurunkan kadar jenayah dalam negara.

 Sifat toleransi dan kepercayaan antara rakyat

Individu yang tidak berakhlak terpuji akan mengamalkan sifat-sifat tercela dalam kehidupan mereka. Ini akan memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat kerana akan timbul perasaan buruk dan prasangka dikalangan masyarakat sendiri yang mana ia akan menyebabkanpergaduhan berlaku antara dua pihak yang berlainan pendapat. Kesan ini adalah amat tidak baik kerana ia memberikan kesan negatif dalam jangka masa yang lama di dalam masyarakat. Oleh itu, pengamalan akhlak baik serta budaya bertoleransi akan dapat memupuk kepercayaan antara rakya yang berbilang kaum.

 Perpaduan dalam masyarakat 

Akhlak yang buruk juga boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perpecahan di kalangan masyarakat. Ini kerana mereka yang tidak berakhlak itu akan dipulau oleh manusia yang lain dan pada masa yang sama mereka yang dipulaukan ini akan membawa diri mereka mengikut hala tuju mereka sendiri tanpa tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan daripada masyarakat untuk menjadi seorang yang berakhlak mulia. Oleh hal yang demikian, dengan pengamalan akhlak mulia akan membentuk perpaduan masyarakat dan dapat hidup bersatu-padu serta membantu antara satu sama lain.

 Menjamin generasi dan kepimpinan negara

Pengamalan akhlak yang baik dalam kalangan penduduk-penduduk negara boleh menyumbang kepada terbentuknya generasi negara yang berkualiti dan mempunyai daya kepimpinan dan ketahanan yang tinggi yang mana unsur-unsur ini amat penting dalam melahirkan generasi yang akan membawa negara ke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Tanpa pemimpin yang berwawasan dan berperilaku baik, maka negara akan mudah untuk diceroboh dengan pelbagai anasir-anasir luar dari segenap aspek di samping keadaan negara yang tidak akan stabil Hashim Haji Bedu, et. (2008). Justeru itu, pengamalan akhlak-akhlak mulia perlulah diterapkan oleh para guru di samping mengajar mereka ilmu pengetahuan di sekolah bagi menjamin generasi pelapis negara.

 Pembangunan dan ekonomi negara akan meningkat

Penyebaran akhlak yang baik dalam kalangan warganegara akan boleh mengundang kepada meningkatnya pembangunan dan ekonomi di seesuatu negara itu. Seperti yang diketahui, negara tidak akan mampu membangun dengan baik jikalau kadar jenayah dan salah laku menular luas di kalangan masyarakat kerana pembangunan negara yang berterusan tidaklah efektif jikalau nilai murni dan akhlak baik di kalangan masyarakat adalah masih di tahap membimbangkan

Islamophobia dalam kalangan rakyat dapat dihindarkan

 Setiap manusia mempunyai kepercayaan dan agama masing-masing. Namun begitu, penghayatan seseorang itu terhadap agamanya terutamanya islam itulah yang akan menentukan sejauh manakah nilai akhlak seseorang itu. Jikalau penghayatannya kurang, mana penganut-penganut agama lain akan dapat melihat akan betapa lemahnya dan tidak efektif agama islam dalam membentuk manusia yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi.

Hal ini akan mengundang  kepada perspeksi yang buruk atau islamophobia terhadap agama islam itu sendiri dan negara di mana agama islam sebagai agama rasmi negara. Ini boleh menimbulkan kekacauan di dalam negara diantara warganegara.

Oleh sebab itu, penekanan kepada penerapan agama islam dalam pembentukan akhlak hendaklah dikuatkan lagi dengan melibatkan kesemua pihak dalam menggabungjalinkan semua usaha yang ada dalam melahirkan individu dan masyarakat yang berperilaku baik dan berakhlak mulia mengikut tuntutan agama islam.

1 comment: