Monday 13 August 2012

TOKOH-TOKOH KEMAHIRAN BELAJAR


Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn

Model Cara Belajar Dr Rita Dunn dan Kenneth Dunn yang dikenali sebagai Model Dunn dan Dunn. Model Dunn dan Dunn (1982) telah menghuraikan beberapa faktor yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang seperti Persekitaran, Emosi, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal. Unsur-unsur tersebut merupakan faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan pelbagai jenis gaya pembelajaran murid.

Persekitaran
Apa yang dikategorikan sebagai rangsangan persekitaran merangkumi empat unsur utama iaitu cahaya, bunyi, suhu, dan rekabentuk tempat belajar.

Kadar terangnya cahaya menjadi faktor penting yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran. Kajian beliau mendapati terdapat pelajar yang sensitive terhadap cahaya. Selain itu, kajian pada tahun 1978 mendapati terdapat individu memerlukan persekitaran yang terang semasa belajar.

Begitu juga dengan unsur bunyi yang mampu menghasilkan gaya pembelajaran yang beraneka jenis. Hasil kajian Dunn dan Dunn (1978) juga mendapati ada individu yang memerlukan bunyi seperti muzik di persekitaran mereka semasa belajar. Hal ini kerana bunyi daripada radio atau televisyan mampu mengelakkan individu tersebut mengantuk. Bagi pelajar yang suka belajar dalam keadaan sunyi pula, mereka lebih gemar belajar bersendirian berbanding berkumpulan.

Unsur suhu seperti yang dinyatakan oleh Dunn dan Dunn, turut boleh mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Suhu yang sejuk dan nyaman dikatakan dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dalam suasana yang nyaman dan berhawa dingin.
Manakala unsur rekabentuk tempat belajar pula boleh mempengaruhi gaya
pembelajaran melalui susun atur kerusi dan meja dalam bilik darjah sama ada selesa ataupun tidak. Pelajar yang gemar untuk belajar secara formal akan memerlukan satu tempat khas yang mempunyai sebuah meja dan kerusi untuk aktiviti pembelajaran. Golongan ini amat berstruktur dan mempunyai personaliti introvert. Bagi pelajar yang suka belajar secara tidak formal misalnya belajar di sebuah kerusi kusyen, katil, lantai dan sebagainya mempunyai personaliti ekstrovert.


Emosi
Rangsangan emosi mempunyai perkaitan yang rapat dengan perasaan seseorang. Elemen yang terkandung dalam rangsangan emosi temasuklah motivasi, kecekalan, sikap tanggungjawab, dan juga struktur.

Elemen motivasi boleh dibahagikan kepada motivasi intrinsik dan juga motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik merupakan sesuatu yang datang dari dalam diri murid itu sendiri. Seseorang yang mempunyai motivasi intrinsik yang kuat boleh belajar dengan inisiatif sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Manakala pelajar yang mempunyai motivasi ekstrinsik hanya akan belajar  apabila disuruh atau diarahkan oleh orang lain. Tampalkan poster kata-kata perangsang di dalam bilik anda bagi mendapatkan  suasana dorongan dan menggerakkan emosi anda untuk belajar.

Kecekalan penumpuan yang tinggi seseorang mampu membantu individu berkenaan belajar dalam tempoh masa yang panjang. Kecekalan mempengaruhi seseorang dalam penggunaan masa untuk belajar. Sesetengah pelajar mudah hilang minat serta serta cepat merasa bosan sehinggakan mereka hanya mampu menumpukan perhatian pada sesuatu perkara dalam jangka masa yang pendek sahaja. Ramai pelajar suka menangguhkan kerja apabila tugasan yang diberikan itu membosankan, sukar dan memerlukan usaha yang lebih lama untuk menyiapkannya.

            Pelajar yang mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap pelajarannya akan sentiasa melaksanakan tugasannya dengan inisiatif sendiri (Dunn dan Dunn, 1978). Namun begitu, terdapat juga pelajar yang suka mengabaikan tugasan yang diberi serta membuatnya sambil lewa.

            Pelajar akan lebih mengamalkan belajar secara berkesan apabila mendapat arahan yang jelas dan berstruktur. Dunn dan Dunn (1978) mendefinisikan struktur sebagai suatu peraturan spesifik yang digunakan untuk melaksanakan kerja dan menyiapkan tugasan.


Sosiologikal
Rangsangan sosiologikal terdiri daripada elemen-elemen seperti diri sendiri, berpasangan, dan berkelompok sama ada dengan rakan sebaya atau orang dewasa.

            Terdapat individu yang lebih suka belajar bersendirian dan tidak mahu ada sebarang ganguan ketika belajar. Kecenderungan individu yang belajar dalam kumpulan untuk membuang masa adalah tinggi kerana terlalu banyak bercakap sesame rakan sehinggakan mereka tidak dapat menumpukan perhatian mereka terhadap perkara yang dibincangkan. Sekiranya anda dalam kategori ini anda sepatutnya mempunyai ramai rakan sokongan untuk belajar dan anda kurang selesa belajar bersendirian. Anda juga gemar memberi pendapat dan meminta pendapat daripada rakan-rakan perbincangan anda.
Suasana perbincangan, kerjasama, soal jawab, mengemukakan hujah dan member ulasan kepada maklumat yang diterima adalah yang terbaik. Suasana yang sentiasa berbalas-balas idea dapat menambahkan minat dalam sesuatu proses pembelajaran.

            Sesetengah individu lebih selesa belajar bersama rakan sebaya mereka sendiri. Manakala belajar bersama orang yang lebih dewasa boleh digunakan sebagai tempat menyoal atau mengemukakan soalan apabila menghadapi sesuatu masalah ketika pembelajaran sedang dijalankan.



Fizikal
Rangsangan fizikal terdiri daripada elemen-elemen seperti presepsi, makanan dan minuman, waktu belajar dan pergerakkan pancaindera menilai.
            Presepsi pancaindera merujuk kepda lima pancaindera sewaktu memproses dan mengingat maklumat oleh setiap individu. Model Dunn dan Dunn mendedahkan keperluan variasi cara belajar. Model beliau menekankan pembelajaran menggunakan kaedah untuk mengingat informasi iaitu secara visual, auditf, taktual dan kinestetik.Belajar secara auditif membantu pelajar melalui mengeluarkan bunyi sewaktu belajar supaya ditinya dapat mendengar dan mengingat. Manakala, belajar secara visual ialah belajar melalui pengamatan kepada asosiasi visual yang kuat. Kaedah belajar taktual pula, adalah gaya pembelajaran melalui sentuhan kerana penterjemahan serta penggabungan pembelajaran tidak berlaku tanpa menyentuh bahan yang ingin dipelajari. Seterusnya, pembelajaran menggunakan kaedah kinestik adalah pembelajaran melalui perlakuan aktiviti fizikal dan gerak kerja.
            Selain itudalam aspek fizikal juga, terdapat individu yang dapat belajar secara berkesan apabila adanya makanan dan minuman semasa belajar. Selain itu, tekanan dapat dikurangkan melalui makan dan minum. Bukan semua pelajar seperti ini tetepi terdapat juga sesetengah pelajar yang kurang gemar makan dan minum ketika belajar kerana aktiviti ini mampu mencuri tumpuan pelajar tersebut dalam pembelajarannya.
            Di samping itu, waktu belajar berperanan penting untuk membantu individu tersebut dalam aktiviti pembelajarannya sama ada belajar dengan lebih segar di waktu pagi atau pada waktu malam dengan persekitaran yang sunyi dan tenteram. Waktu perdana sangat penting untuk menyiapkan segala tugasan yang di beri kerana pada waktu inilah pelajar dapat belajar secara berkesan (Dunn dan Dunn,1978). Menurut Haynes (1989), waktu perdana didefinisikan sebagai waktu bagi seseorang itu paling bertenaga untuk menyiapkan tugasannya dengan baik.
            Terdapat pelajar yang gemar beralih-alih tempat duduk sekiranya belajar untuk jangka masa yang lama. Mereka perlu perlu melakukan pergerakkan dalam proses pembelajaran tersebut, misalnya bergerak untuk mendapatkan makanan, minuman, berpindah ke tempat lain, dan sebagainya (Dunn dan Dunn, 1978). Dalam proses pembelajaran seperti ini, rehat merupakan satu kemestian kepada pelajar.
Psikologikal
Rangsangan psikologi terdiri daripada elemen-elemen berikut iaitu analitik/ global, impulsif/ reflektif, dan dominan otak kiri/ dominan otak kanan.

            Pelajar analitik melakukan segala tugasan secara terperinci dan lebih focus terhadap setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan. Golongan pelajar ini hanya melakukan satu perkara dalam satu masa sahaja. Berlainan pula dengan pelajar yang global kerana pelajat ini akan melihat sesuatu gambaran yang lebih luas dan terbuka. Pelajar ini akan lebih cenderung untuk bekerjasama dalam bentuk kumpulan berbanding secara bersendirian. Pelajar tersebut juga gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa. Pelajar holistik melihat aspek secara meluas dan membuat rumusan secara menyeluruh.

            Individu yang impulsif pula gemar membuat keputusan yang cepat dan sering menggunakan gerak hati apabila melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Manakala, individu yang reflektif lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Individu ini sangat prihatin dan berfikir secara mendalam sebelum melibatkan diri dalam proses pembelajaran.

            Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri (HOKI) dan otak kanan (HOKA). Fungsi otak yang berbeza ini mempengaruhi setiap pembelajaran setiap individu. Otak kiri manusia mengawal tindakan manusia dari aspek bahasa, matematik, logic, sekuens, linear dan analisis. Manakala, otak kanan pula berfungsi dalam aspek bentuk, ruang, lukisan, corak, holistik, rentak dan irama.

No comments:

Post a Comment