Tuesday 14 August 2012

Kajian Sejarah Pendudukan Jepun


Masalah Pengetahuan dari Sumber Kedua

Kebanyakan daripada pengetahuan sejarah bergantung kepada sumber-sumber kedua yang diperolehi daripada pembacaan buku-buku, cerita-cerita dalam ensiklopedia, drama dan artikel-artikel majalah. Artikel atau ruangan popular yang ditulis oleh mereka yang mempunyai pengetahuan kecil atau langsung tidak mempunyai maklumat diperolehi daripada sumber-sumber utama. Kadang kala mereka yang menulis ini merupakan orang di peringkat ketiga mengetahui mengenai sesuatu peristiwa yang hanya bergantung kepada sumber-sumber kedua. Kadangkala mereka mengumpulkan tulisan-tulisan atau artikel-artikel lama, mengedit dan menulis kembali dalam bentuk dan struktur yang diinginkan. Persoalannya, apakah dengan cara ini ia dapat dikatakan penulisan sejarah berasaskan kepada sumber primer?

Satu lagi masalah/keburukan yang dihasilkan oleh penggunaan sumber bukan primer ialah mengambil sesuatu peristiwa yang disampaikan dari mulut ke mulut yang dianggap tidak boleh dipercayai. Perkara-perkara yang tidak penting yang keluar daripada imaginasi penyampai akan disampaikan sedangkan perkara-perkara asas yang penting kepada sejarah dengan mudah dilupakan. Ini menyebabkan keaslian peristiwa sejarah itu hilang dan digantikan dengan cerita-cerita yang disampaikan berasaskan kepada minat dan kerangka penyampai. Ahli-ahli sejarah, sebagai mana manusia biasa kadang kala  terikut-ikut dengan cerita-cerita yang menarik sehinggakan lama-kelamaan melupakan kebenaran dalam sejarah. Oleh itu, kita harus faham bahawa ketepatan mengenai sesuatu penulisan dalam sejarah adalah bergantung kepada penggunaan sumber-sumber primer yang digunakan. Kadangkala, penulisan itu dilakukan berulang-ulang kali. Sebagai contoh orang sumber yang telah kami temubual itu telah memberi keterangan yang bercanggah dengan kefahaman yang kami pelajari iaitu beliau menyatakan bahawa kampung yang beliau tinggal sekarang ini adalah Kampung Pulau Pak Amat padahal kampung tersebut sebenarnya sudah tenggelam dek kerana faktor geografi iaitu hakisan pantai yang menyebabkan pantai tersebut tenggelam ditelan laut.   

kalo korang dapat tengok tu,itu la daratan sebelum kampung Pak Amat tenggelam dek hakisan pantai.

ni chegu afi ngn chegu Linda ketika buat kajian..kat belakang nun sana merupakan benteng yang dibina oleh British.

ni adalah Pak Cik Nawi dan Mak Cik Sepiah,mereka adalah orang yang kami temuduga tentang Pendudukan Jepun di Tanah Melayu.


Ni adalah pintu  utk masuk ke tempat pendaratan Jepun iaitu di Kampung Pak Amat

kalo korang tengok kat belakang tu napak cam laut gituu kan,,,dulu sbnrny adalh petempatan pendududk Kampung Pak Amat

No comments:

Post a Comment