Thursday 23 August 2012

Frasa adjektif


 Frasa adjektif ialah susunan kata yang terdiri daripada satu atau beberapa patah kata yang mempunyai kata adjektif sebagai intinya.


Frasa adjektif

Binaan satu kata.


Binaan dua kata


      I.        Kata adjektif+kata adjektif
Contoh:gagah berani(keserasian makna)              baik buruk(berlawanan makna)              papa kedana(bunyi rima)    II.        Kata adjektif+kata nama
Contoh:biru laut(maksud keserupaan)             banyak mulut(maksud kiasan)
Contoh ayat:
Majlis itu meriah.Anjing itu garang.
 




















Frasa adjektif juga boleh terdiri daripada kata adjektif yang disertai kata penguat. Kata penguat itu boleh hadir di hadapan kata adjektif, di belakang kata adjektif, atau hadir bebas.
Contohnya:



Paling tabah
Hadir di hadapan kata adjektif
Tabah sekali
Hadir di belakang kata adjektif
Sungguh lunak
Lunak sungguh
Hadir secara bebas


Frasa adjektif boleh juga disertai oleh kata bantu dalam binaannya. Selain itu, terdapat kata bantu tertentu yang hadir sebelum atau sesudah kata penguat.
Contohnya: sudah cerah                        sudah sangat cerah
                    masih gelap                        sungguh masih gelap

Binaan frasa adjektif juga boleh disertai oleh unsur keterangan. Unsur keterangan yang hadir selepas kata adjektif terdiri daripada pelbagai jenis.
Contohnya:
Keterangan cara
Tubuhnya lesu dengan tiba-tiba.
Keterangan bandingan
Wajahnya masam macam cuka.
Keterangan hal atau keadaan
Izzati sentiasa sibuk dengan kerja sekolah.
Keterangan tujuan
Kita perlu rajin demi mencapai kejayaan.
Keterangan kekerapan
Julianah resah sentiasa.
Keterangan terhadap
Mereka benci akan peperangan.
Keterangan musabab
Kain itu lembap kerana dibahasi embun.
Keterangan waktu
Empangan itu kering dalam masa setahun.
Keterangan tempat
Air sungai itu payau di bahagian hilirnya.

Dalam binaan ayat, frasa adjektif boleh berfungsi sebagai predikat, keterangan selepas frasa kerja dan penerang frasa nama.
Contohnya:
Kucing itu manja sungguh.               
(manja sungguh sebagai predikat)
Adik berlari sangat laju.               
(sangat laju sebagai keterangan frasa                                                                                      kerja)

Skim cepat kaya telah diharamkan.
(cepat kaya sebagai penerang frasa nama)


No comments:

Post a Comment