Monday 13 August 2012

FUNGSI ALAT ARTIKULASI


Anak tekak

Menurut buku Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95), anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Menurut buku Frank Parker(1994: 114), anak tekak ialah daging yang tergantung dari lelangit lembut. Menurut Radiah Yussoff dan Nor’ Aini Ismail(2006: 23), anak tekak ialah sekeping otot yang terdapat di bahagian hujung lelangit lembut.

Lidah

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95-96), lidah terbahagi kepada lima bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,hadapan lidah, belakang lidah dan daun lidah. Kedudukan bahagian belakang lidah ialah bertentangan dengan lelangit lembut manakala kedudukan tengah lidah ialah bertentangan dengan pertemuan lelangit keras dengan lelangit lembut. Hadapan lidah terletak bertentangan dengan lelangit keras. Hujung lidah pula terletak bahagian yang paling akhir lidah. Sementara itu, daun lidah berada di sepanjang garisan yang menghadap gusi.

Pita suara

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 96), pita suara terletak di dalam ruang tenggorok. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Menurut Dr. Abdullah Hassan(1983: 44),pita suara terdiri daripada dua pasang selaput nipis yang tumbuh di kiri kanan bahagian dalam rengkung bertentangan dengan halkum.

Rongga

Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga tekak, rongga mulut dan rongga hidung. Rongga tekak bermula dari bahagian atas selaput pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian dalam,sementara rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung.

Bibir

Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bibir terletak di bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, bibir ialah kumpulan otot yang kenyal dan boleh diubah-ubah bentuknya dengan mengawal otot-otot pada bibir.

Gigi

Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi terbahagi kepada dua,iaitu gigi atas dan gigi bawah. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, gigi bermaksud lidah yang tidak bergerak.

Gusi

Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gusi terletak antara gigi dengan lelangit keras. Menurut laman web http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002, gusi ialah bahagian yang cembung di gigi menurun ke bahagian dalam rongga mulut.

Lelangit

Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dengan lelangit lembut manakala lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Menurut Linguistik untuk bukan ahli linguistik yang ditulis oleh Frank Parker dan diterjemahkan oleh Raja Rahawani Raja Mamat, lelangit keras ialah tulang yang berbentuk cembung pada bahagian atas mulut manakala lelangit lembut ialah bahagian belakang lelangit keras.

Epiglotis

Menurut buku Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, epiglotis ialah anak tekak yang terdiri daripada sekolompok otot yang berbentuk bujur daun yang boleh bergerak ke depan atau ke belakang bagi menutup rongga rengkung. Menurut buku yang ditulis oleh Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke larinks.

No comments:

Post a Comment