Thursday 23 August 2012

Frasa kerja


Binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau lebih dengan kata kerja sebagai unsur intinya.
a)    Binaan frasa kerja tanpa objek b)    Binaan frasa kerja dengan objek 
Binaan frasa kerja tanpa objek terdiri daripada kata kerja tak transitif yang mungkin diikuti oleh pelengkap kata nama, pelengkap kata adjektif, atau pelengkap frasa sendi nama.
Perompak itu bersenjatakan pisau.
(Pelengkapnya kata nama )
Orang itu sentiasa berbuat baik.
(Pelengkapnya kata adjektif)
Anaknya bermaustatin di ibu kota.
(Pelengkapnya frasa sendi nama)


Binaan frasa  kerja tanpa objek juga boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif tanpa pelengkap atau kata kerja tak trasitif dengan kata nama sebagai penerang.
Abang tertawa.
(Tanpa pelengkap)
Kami bermain dam.
(Kata nama dam sebagai penerang)

Binaan frasa objek terbahagi kepada dua bentuk.
a)    Frasa kerja transitif dengan satu objek.
Bapa membeli motosikal.
(Satu objek -motosikal)


b)    Frasa kerja transitif dengan dua objek.
Bapa membelikan abang matosikal
(Dua objek- abang[objek tepat]
dan matosikal [objek sipi])

Nota *
objek- bentuk kata nama atau kumpulan kata nama yang menjadi penyambut kata kerja transitif.
Objek sipi- bentuk kata nama atau kumpulan kata nama yang menjadi penyambut secara tidak langsung kepada kata kerja.
Objek tepat- bentuk kata nama atau kumpulan kata nama yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja.



Frasa kerja boleh mengandungi kata bantu, sama ada kata bantu aspek atau kata bantu ragam.
Faiz pernah menulis cerpen.
(Mengandungi kata bantu aspek pernah)
Yuvarani hendak meminjam pen.
(Mengandungi kata bantu aspek ragam)

Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen.
Dia mengaku bahawa dia cintakan gadis itu.
(Frasa kerja transitif bengan ayat komplemen)
Beliau berkata bahawa mmasalah itu harus didedahkan segera.
(Frasa kerja tak transitif bengan ayat komplemen)

Frasa kerja boleh menerima unsur keterangan yang hadir selepas kata kerja. Unsur keterangan terbahagi kepada jenis-jenis berikut:
Unsur keterangan
Contoh ayat
tempat atau arah
Adik melompat ke atas tilam.
waktu
Anis menyiapkan kerjanya dalam tempoh satu jam.
cara
Air sungai mengalir dengan derasnya.
tujuan atau harapan
Dia belajar untuk masa depannya.
alat
Syahir menebang pokok dengan kapak.
penyertaan
Puan Narita pergi melancong ke Itali dengan suaminya.
Hal
Sasterawan itu sedang berbicara tentang teknik penulisan novel.
bagai
Dia menjerit-jerit bagai orang kerasukan hantu.

Dalam binaan ayat dasar, frasa kerja dapat berfungsi sebagai predikat.
Contoh ayat:
Emak sedang mengemas rumah. (sedang mengemas rumah merupakan                           predikat yang menggunakan kata kerja).

No comments:

Post a Comment