Monday 13 August 2012

Akhlak dan Moral



Manusia merupakan mahkluk yang telah diciptakan oleh Allah dengan satu kelebihan yang membezakan ia dengan mahkluk lain di alam ini iaitu akal. Makhluk seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan tidak mempunyai akal. Akal ini merupakan satu-satunya perkara yang membezakan kita dengan makhluk lain walaupun kita dengan haiwan mempunyai persamaan iaitu mempunyai otak.
Hal ini kerana dengan akal inilah kita dapat membuat penilaian sama ada setiap perkara dan perbuatan yang kita lakukan di atas muka bumi ini adalah perkara yang baik ataupun buruk. Manusia yang waras adalah mereka yang mampu mengawal akal mereka dengan membuat pertimbangan yang baik seterusnya menzahirkan akhlak yang baik. Oleh sebab itulah, Allah telah mengutuskan rasulnya iaitu Nabi Muhammad S.A.W sebagai panduan dan pedoman hidup manusia sebagaimana telah disebutkan oleh Allah dalam Al-Quran menerusi Surah Al-Ahzab, ayat 21:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)".(Surah Al-Ahzab : 21)
           
Ayat ini memberitahu kita bahawa baginda Rasulullah S.A.W adalah contoh ikutan terbaik bagi menghasilkan umat islam yang berakhlak mulia. Akhlak yang mulia ini perlulah ada pada semua orang termasuk guru dan murid itu sendiri. Guru sepertimana para ulama pada zaman dahulu adalah pembimbing dan pendidik yang menentukan arah kehidupan dan hala tuju seseorang itu. Justeru itu, amatlah ditikberatkan kepada guru untuk memiliki akhlak islamiah yang terbaik agar dapat menjadi contoh ikutan yang baik bagi para penuntut ilmu sepertimana Rasulullah menjadi contoh ikutan para sahabat dan umat islam yang lain.


   PENGERTIAN AKHLAK DAN MORAL

Akhlak berasal daripada perkataan arab iaitu jama’ kepada perkataan khuluqun (خلق) yang bermaksud budi pekerti, perangai, sikap dan tabiat. Dari segi istilah menurut Kamus Dewan, akhlak bermaksud budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan dengan kelakuan dan tingkah laku manusia samada baik ataupun jahat. Mengikut Mafhum kata-kata Aishah yang dirumus dari sabda Nabi Muhammad s.a.w berkaitan akhlak Baginda:
Seterusnya mengikut Istilah akhlak adalah segala tingkah laku perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang setelah tingkah laku diamalkan sekian lama dan diterima masyarakat sebagai sebahagian dari cara hidup Menurut Islam pula ia beerti satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah“.
            Seperti yang terdapat dalam karangan buku Ihya Ulum Al-Din oleh Imam Al-Ghazali (m. 505H.), beliau telah menulis bahawa akhlak adalah perbuatan dan sifat yang tertanam di dalam jiwa seseorang yang mana darinya muncul perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu akan perbuatan yang mahu dilakukan itu. Dengan kata lain, kita sendiri tidak mudah untuk menyedari akan akhlak kita kerana ianya hanya dapat dilihat dalam setiap gerak geri dan perbuatan yang kita lakukan dalam seharian tanpa kita sedari dan mungkin dapat disedari oleh manusia yang lain.
Hal ini bermaksud ia adalah bukan lakonan yang dibuat-buat oleh kita kerana akhlak adalah cermin kepada jiwa kita yang samada dikawal oleh iman ataupun godaan syaitan. Imam Al-Ghazali (m. 505H.) juga berpendapat bahawasanya akhlak terbahagi kepada dua iaitu akhlak yang baik dan buruk. Perbuatan yang baik dan diiktiraf oleh akal dan syarak adalah dikira perbuatan yang baik manakala perbuatan yang jahat dinamakan akhlak yang buruk dan keji.
            Selain daripada itu, Ibn Miskawayh (m. 412H.) menerusi Zakaria Stapa di dalam kitabnya, Tahdhib al-Akhlaq, berpendapat bahawa akhlak adalah keadaan suatu jiwa samada bersifat tabii atapun keadaan jiwa yang dibentuk melalui latihan dan kebiasaan yang mana menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan tanpa membuat apa-apa pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Berbanding dengan Imam Al-Ghazali, Imam Maskawayh berpendapat bahawa akhlak adalah perbuatan yang terhasil daripada perkara yang telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan yang tidak memerlukan pertimbangan pemikiran sebelum dilakukan perbuatan tersebut.
            Pendapat beliau juga telah disokong oleh Prof Dr Ahmad Amin dimana beliau mengatakan bahawasanya akhlak terhasil daripada kehendak manusia yang telah terbiasa dilakukan oleh manusia. Dengan kehendak manusia terhadap sesuatu yang tinggi ditambah pula dengan perbuatan itu kerap dilakukan, maka akan tertonjollah akhlak mereka tanpa mereka sedari akannya. Justeru itu, dapatlah disingkapkan disini bahawa akhlak adalah perbuatan manusia yang tidak berkaitan dengan pertimbangan pemikiran tapi lebih kepada perbuatan yang terbiasa dilakukan lalu didorong pula dengan kehendak manusia terhadap sesuatu.
Moral pula ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika. Tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau buruk dinamakan moral. Moral terbahagi kepada dua iaitu :

Baik; segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik.

Buruk; tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai buruk.

Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu. Dorothy Emmet(1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila, adat, kebiasaan masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkahlaku seseorang Akhlak dalam Islam menjadi penghubung yang erat dengan fenomena keimanan seseorang Islam.
Sebagaimana maksud hadis :

Rasulullah telah ditanya oleh seseorang: “Siapakah orang mukmin yang paling afdhal mempunyai kelebihan imannya? Jawab baginda: Orang yang paling baik akhlaknya”.

Terdapat beberapa hadis yang ada kaitan dengan kenyataan akhlak Islam. Maksud Hadis: “Apakah ad-din itu rasulullah? Ad-din itu ialah akhlak yang baik”.

No comments:

Post a Comment