Monday 13 August 2012

CIRI-CIRI KEMAHIRAN BELAJAR BERKESAN


Terdapat beberapa ciri berlakunya proses kemahiran berkesan antaranya ialah perubahan yang berlaku secara sengaja. Proses ini berlaku apabila individu itu sendiri yang berusaha mngubah sesuatu melalui apa yang telah dia pelajari. Pelajar tersebut mengambil inisiatif sendiri seperti menghafal, membuat latihan dan mangulangkaji pelajaran dan akhirnya pelajar tersebut mendapat markah yang memuaskan. Secara tidak langsung, pengetahuan dan kecekapan pelajar itu meningkat.

Selain itu, perubahan secara berterusan dan tetap. Hasil daripada pembelajaran, individu akan merasakan peningkatan pengetahuan, perasaan, tingkah laku dan kemahiran masing-masing. Oleh itu, individu tidak akan mengulangi kesilapan sebelum ini. Perubahan bersifat aktif dan positif juga merupakan ciri-ciri kemahiran belajar. Hasil daripada pembelajaran, berlakunya peningkatan dari segi kecekapan dalam diri seseorang. Peningkatan perubahan berlaku apabila adanya unsur baru dalam mendapatkan maklumat dan kemahiran. Seseorang itu akan lebih yakin dengan diri masing-masing dan tidak terlalu mengharap kepada orang lain dalam melakukan sesuatu.

Di samping itu, perubahan bermatlamat dan terarah. Seseorang itu perlulah ada matlamat dan terarah untuk memudahkan perubahan tingkah laku terjadi apabila berlakunya proses pembelajaran. Sebagai contoh, di dalam sesuatu pembelajaran seseorang itu menyatakan matlamat yang perlu dicapai di akhir pembelajaran itu.
Apabila berlakunya tingkah laku yang dikehendaki hasil daripada matlamat dan arah yang telah ditentukan,  maka berlakulah proses pembelajaran yang lebih berkesan.

Seterusnya ialah perubahan tingkah laku secara Holistik. Perubahan tingkah laku secara Holistik bermaksud perubahan yang menyeluruh dalam diri seseorang, ianya terdiri daripada semua aspek seperti cara hidup, cara pemikiran, kepercayaan, matlamat dan sebagainya. Jika individu menanam matlamat dalam diri untuk mencapai suatu matlamatnya,secara tidak langsung ia akan mengubah cara pemikiran,strategi dan cara belajar untuk mencapai kejayaan tersebut.

No comments:

Post a Comment