Monday 13 August 2012

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR


Belajar cara belajar (BCB) merupakan satu bentuk kemahiran memperoleh teknik pembelajaran secara efektif dengan adanya dan tanpa kehadiran seorang guru.

Pelajar perlu menguasai teknik belajar cara belajar supaya mereka dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri mereka dalam proses pembelajaran sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Hal ini mampu mendorong pelajar tersebut berusaha untuk mencari jalan dalam mengatasi kelemahan dan menggunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk memaksimumkan tahap pencapaian dalam pelajaran.
Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Menurut Sabri Samad (2003), kemahiran belajar ialah prinsip, teori umum, dan kaedah tertentu yang mampu melipatgandakan keberkesanan belajar. Kemahiran Belajar juga ditafsirkan sebagai kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat.
Terdapat banyak konsep kemahiran belajar secara berkesan, antaranya ialah belajar merupakan salah satu kegiatan yang melibatkan penghafalan. Pelajar tersebut akan menggunakan kaedah penghafalan dalam teknik pembelajarannya. Selain itu, belajar juga memerlukan pelaksanaan latih tubi yang berterusan. Hal ini dapat membantu ingatan seseorang agar tidak mudah lupa maklumat-maklumat penting dalam pembelajaran. Belajar juga merupakan hasil pengumpulan maklumat dan membuat rujukan kerana dengan melaksanakan proses pembelajarn banyak input dan fakta baru serta maklumat yang boleh diperoleh.

Pandangan seseorang terhadap konsep belajar ini boleh mempengaruhi melalui tingkah lakunya. Contohnya, bagi seseorang yang mempunyai pengertian bahawa belajar itu adalah menghafal semata-mata maka tingkah lakunya di dalam belajar banyak ke arah menghafal sesuatu. Kebanyakan pelajar tidak memahami sesuatu pembelajaran tersebut. Maka, mereka akan menghafal fakta penting bagi menduduki peperiksaan. Manakala, jika pandangan belajarnya ke arah latih tubi pula maka tindakannya banyak ke arah membuat latihan, membuat ulangkaji dan seumpamanya.

Penguasaan kemahiran Belajar Cara Belajar amat penting bagi pelajar lantaran terhadnya masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas. Hal ini menyebabkan pelajar juga mendapat ilmu pengetahuan yang terhad. Oleh yang demikian, pelajar perlulah menguasai dan memahami teknik belajar cara belajar agar dapat memperoleh maklumat tambahan dan menigkatkan prestasi mereka daln sesuatu pembelajaran. Dalam erti kata lain, BCB membantu pelajar agar mampu melaksanakan kemahiran belajar mereka secara berkesan tanpa kehadiran seorang guru. Oleh itu, pelajar mampu menilai tahap pembelajaran mereka sendiri dan seterusnya dapat memikirkan cara dalam meningkatkan prestasi mereka sendri.

Pembelajaran turut melibatkan usaha dalam menguasai kemahiran dan pengetahuan di samping membentuk sikap pelajar itu sendiri. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran belajar yang berbeza ketika memproses sesuatu maklumat. Kaedah tersendiri yang digunakan oleh setiap individu ketika mencari, menyimpan dan mengeluarkan semua maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran (Felder dan Henriques, 1995). Oleh itu untuk Berjaya, setiap pelajar perlu memiliki sikap ingin belajar dan mampu menguasai kaedah belajar agar pengetahuan dan kemahiran dapat diperolehi.

Kesimpulannya, Kemahiran Belajar adalah satu proses tindakan seseorang untuk mendapatkan perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan. Tambahan pula, Kemahiran Belajar juga dikenali sebagai hasil pengalaman individu iyu sendiri dalam melaksanakan interaksinya dengan persekitaran. Selain itu. Kemahiran belajar merupakan satu proses yang digunakan oleh seseorang untuk memproses maklumat yang diperoleh dan membawa kepada perubahan atau peningkatan tingkah laku. Dalam kemahiran belajar ini, hanya beberapa maklumat penting sahaja yang masuk ke dalam minda dan disimpan dalam memori. Hal ini dapat mengelakkan daripada seseorang itu terlupa akan maklumat yang penting.


3 comments:

  1. tq..membantu dalam masa singkat untuk menyelesaikan tugasan..sori.terpetik sedikit sebanyak isi.hehe.ch0w lu.sambung wat esaimen.satgi kne submit :D

    ReplyDelete
  2. pinje bt asimen skit.hehe..che long

    ReplyDelete