Monday 13 August 2012

Konsonan dan Diftong


Konsonan ialah bunyi selain daripada bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara dalam bahasa melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan  pinjaman. Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa Melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

  • dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).
  • dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
  • dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k,  g ).
  • satu konsonan hentian glo tis. ( ? )
  • dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
  • dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s ) dan geseran glotis bersuara ( h ).
  • satu konsonan getaran bersuara ( r ).
  • satu konsonan sisian bersuara ( I ).
  • empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )
  • dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w).
  • satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita suara,glotis dan rongga hidung.


Diftong

Bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak. Bunyi diftong adalah terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal, iaitu  pada mula-mulanya hadir tanpa menampakkan sebarang puncak kelantangan.  Keadaan apabila ketiadaan puncak kelantangan semasa proses penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja semata-mata.

Diftong hendaklah dibezakan daripada vokal rangkap, yakni yang merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan mempunyai dua suku kata. Contoh vokal rangkap terdapat pada kata main. Vokal a dan i pada kata tersebut ialah merupakan dua vokal penuh dan kata tersebut terdiri daripada dua suku kata, yakni ma dan in.

Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu yakni / ai /, / oi / dan /au/.
Bunyi / i / akan menggeluncur ke bunyi / a / dan bunyi / i / tersebut akan hilang puncak kelantangannya. Sama juga dengan / i / iaitu pada diftong / oi / dan juga / u / pada diftong / au /. Lambang [ ˆ ] dapat digunakan untuk menggambarkan sesuatu diftong







2 comments: