Monday 13 August 2012

JENIS-JENIS GAYA PEMBELAJARAN


Setiap orang mempunyai gaya belajar yang tersendiri. Kefahaman tentang gaya pembelajaran penting kerana dengan kefahaman ini seseorang itu dapat merancang aktiviti, memilih kaedah dan teknik pembelajaran.

Gaya pembelajaran terbahagi kepada beberapa bahagian. Salah satu daripadanya ialah Gaya Belajar Visual (Penglihatan). Gaya ini menggunakan bahan-bahan visual seperti gambar-gambar, carta-carta, peta, graf, gambar rajah, jadual dan seumpamanya. Dengan menggunakan gaya ini, pelajar mendapatkan sudut pandangan terbaik daripada guru dengan memerhatikan pergerakan dan ekspresi wajah guru ketika belajar.
Gaya ini menggunakan warna bagi menandakan perkara-perkara penting dalam bacaan, menyediakan nota dalam bentuk yang menarik. Di samping itu, gaya belajar ini mampu visualkan idea anda dalam bentuk gambaran. Menulis cerita dan melakarkan gambaran cerita tersebut serta menggunakan multimedia dalam menggambarkan sesuatu idea. Pelajar juga boleh membaca buku yang berilustrasi atau bergambar dan melakukan gambaran mental terhadap maklumat yang diterima.

Gaya Belajar Audiotori (Pendengaran). Gaya ini libatkan diri dalam perbincangan dengan bentukkan kumpulan perbincangan kecil. Pelajar dedahkan diri dengan memberi ucapan atau persembahan. Selain itu, gaya ini boleh digunapaikai dengan menggunakan pita rakaman semasa kuliah atau semasa perbincangan. Membaca teks secara kuat agar dapat didengari diri sendiri serta gunakan irama  bagi mengukuhkan ingatan. Di samping itu, bercakap dan berkongsi idea sementara mereka menulis idea-idea tersebut. Gunakan analogi yang berbentuk lisan, cerita dan penerangan.






Jenis gaya belajar yang seterusnya ialah Gaya Belajar Kinestatik (Pergerakan). Berehatlah seketika selepas anda belajar dalam jangka masa yang agak panjang di samping melakukan sedikit gerakan atau aktiviti ketika anda membaca. Anda juga boleh membaca sambil berdiri, berbaring, berjalan atau seumpamanya. Gunalah pen yang berdakwat terang untuk menandakan perkara-perkara yang penting. Sementara itu, hiaskan meja belajar anda dengan poster-poster atau formula-formula. Anda juga boleh mendengar muzik yang berentak ringan ketika mengulangkaji pelajaran. Membaca secara skimming pada awalnya bagi mendapatkan idea sebelum membaca secara terperinci.


2 comments:

  1. kak..mohon untuk copy maklumat ye :) terima kasih.. saya junior daripada ipg kampus bangi.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete