Wednesday 5 September 2012

Ayat




Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang sempurna, iaitu dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. (Nik Safiah Karim, 1986)

Menurut  Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) menyatakan  bahawa “Ikatan perkataan yang ada benda dan ada cerita. Demikian ini dinamakan ayat. Benda dan cerita itulah tunjang atau teras bagi sebarang ayat dan jika tiada mengandungi salah satu daripada dua anggota yang wajib ini tidaklah ia memberi faham yang mencukupp kerana tiada sempurna maksudnya. Maka oleh itu, walau beberapa panjang pun rangkainya perkataan-perkataan itu bukanlah menjadi ayat”

Manakala menurut Asmah Haji Omar “Ayat ialah unit paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. Dalam perkataan lain, dalam tatabahasa tidak ada unit yang lebih tinggi yang mempunyai ayat sebagai unsurnya. Ayat terdiri daripada klausa yang fisertai dengna intonasi ayat yang lengkap, iaitu yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya mengatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai”

            Konklusinya Ayat mengandung kriteria yang berikut Unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa. Makna yang lengkap dan sempurna. Terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan. Pengucapannya bermula dengan kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan. Intonasinya sempurna.


Binaan ayat                                  
Ayat
Bahagian ayat yang menerangkan subjek

Bahagian ayat yang di terangkan
Predikat

Subjek
 














Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti, iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain seperti ayat tunggal dan ayt majmuk. Dalam bahasa Melayu, pola atau struktur binaan ayat dasar mempunyai bentuk yang tetap iaitu mempunyai empat pola seperti yang berikut:

Pola Ayat Dasar

Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu
Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama
Encik Zainal + pengurus syarikat.
Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja
Anak mereka + sedang tidur.
Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif
Baju itu + merah.
Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Rumah saya + di Negeri Sembilan.

Ayat Aktif

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

 Ayat Aktif Transitif

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komponen sebagai objek atau unsur penyambutnya.

Contoh : Ahmad membaca buku. (aktif transitif)
                Harimau itu menerkam kijang. (aktif transitif)

Ayat Aktif Tak Transitif
Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.
Contoh :Dia menangis sepanjang hari. (aktif tak transitif)
               Teksi itu menuju ke utara. (aktif tak transitif)
  
Ayat Pasif
Ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada tiga jenis:

 Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif
Ayat pasif jenis ini ialah ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-.
Contoh :
                      I.        Buku itu belum diambil oleh Fauzi kelmarin.
                    II.        Televisyen itu dibeli oleh ibu malam tadi.
                   III.        Basikal itu terlanggar oleh bas pada bahagian tayarnya.
                  IV.        Universiti Multimedia terbina oleh pekerja dalam masa dua tahun.

   Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua
Untuk ayat pasif jenis ini, kata ganti  nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar disebabkan kata ganti diri pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-.
Contoh :
                                      I.        Rumah itu sudah saya catkan semalam.
                                    II.        Bola itu saya sepak.
                                   III.        Hutang itu belum kamu jelaskan sepenuhnya 


3.    Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena
Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Frasa nama objek boleh juga digugurkan.
Contoh :
a.    Perompak itu kena tangkap oleh polis.
b.    Kanak-kanak itu kena kejar oleh angsa.
c.    Aminah kena tipu oleh penjual jualan langsung.

 Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Contoh :
a.    Ibu Fatimah doktor.
b.    Mereka membaca majalah itu.
c.    Ahmad ke pasar petang semalam.

Ayat tranformasi
Penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi. Fungsi,mengubah aturan atau struktur ayat serta  menggugurkan atau memperluas sesuatu unsur  dalam ayat atau frasa. Kesan proses transformasi yang mengakibatkan  pengguguran,penyusunan semula dan peluasan.

No comments:

Post a Comment