Wednesday 5 September 2012

Ayat majmuk



Ayat yang terbina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih.

AYAT MAJMUK
AYAT 1
KATA HUBUNG
AYAT 2
Anita membaca buku
Sambil
Anita mendengar radio
Kami membuat kerja sekolah
Semasa
Adik tidur di dalam bilik
Dia memakai baju
yang
Baju dijahit oleh ibunya

Ayat majmuk gabungan

Ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal yang setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan dan, atau, tetapi dan sebagainya.

 Gabungan yang susunan fakta-fakta berurutan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti lalu, lagi, dan, serta dan sambil.

Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan menggunakan tetapi dan padahal.

 Ayat majmuk pancangan

Gabungan ayat-ayat tunggal yang tidak setara membentuk satu ayat baru. Terbentuk daripada satu ayat utama atau induk dan satu atau berapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat induk itu.

Ayat majmuk pancangan relatif

-ayat yang menggunakan kata relatif yang dalam binaannya.

Ayat majmuk pancangan komplemen

-ayat yang dihubungkan dengan kata komplemen untuk dan bahawa

a) ayat komplemen frasa nama subjek

contoh ayat: sungguh sukar untuk saya melelapkan mata malan tadi.
Bahawa pengurus itu telah menyalahkan kuasa adalah benar.

b) ayat komplemen frasa nama objek tepat

contoh ayat:
Ketua Pengarah itu mengesahkan bahawa beliau akan bersara awal.
Suspek pertama menafikan bahawa dia telah merompak bank itu.

c) ayat komplemen frasa kerja

contoh ayat:
Mereka berfahaman bahawa keuntungan syarikat semakin meningkat

d) ayat komplemen frasa adjektif

contoh ayat:
Jurulatih bola sepak Malaysia sedar benar bahawa para pemainnya banyak melakukan kesilapan dalam perlawanan itu.

Ayat majmuk pancangan keterangan

Ayat majmuk yang terbit daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat ayat induk

Keterangan musabab
Aceh musnah kerana ditimpa bencana tsunami.
Keterangan akibat
Faiz asyik bercakap sehingga lupa untuk solat.
Keterangan syarat
Seandainya dakwaan itu benar, dia akan
menceraikan isterinya.
Keterangan waktu
Izzati hidup bahagia selepas berkahwin dengan Jay.
Keterangan pertentangan
Julianah masih belum berkahwin walaupun sudah berumur 40 tahun.
Keterangan harapan
Agar alam tidak tercemar amalan kitar semula diperkenalkan.
Keterangan cara
Amira mengira dengan menggunakan mesin kira.
Keterangan tujuan
Sayembara itu diadakan untuk mencungkil bakat baru dalam bidang penulisan.
Keterangan perbandingan
Suaidah asyik termenung seolah-olah ada masalah menggangu fikirannya.

Ayat majmuk campuran

Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai jenis ayat majmuk.

 Contoh ayat:

Wira-wira yang perkasa itu terus berjalan menjejaki musuh sambil sekali-sekala berhenti untuk meneguk air dan pada perhatian tertentu mereka berbincang tentang strategi yang perlu diambil.

No comments:

Post a Comment