Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn
Model Cara Belajar Dr Rita Dunn dan
Kenneth Dunn yang dikenali sebagai Model Dunn dan Dunn. Model Dunn dan Dunn
(1982) telah menghuraikan beberapa faktor yang boleh mempengaruhi gaya
pembelajaran seseorang seperti Persekitaran, Emosi, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal.
Unsur-unsur tersebut merupakan faktor-faktor yang memainkan peranan penting
dalam pembentukan pelbagai jenis gaya pembelajaran murid.
Persekitaran
Apa yang dikategorikan sebagai
rangsangan persekitaran merangkumi empat unsur utama iaitu cahaya, bunyi, suhu,
dan rekabentuk tempat belajar.
Kadar terangnya
cahaya menjadi faktor penting yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran. Kajian
beliau mendapati terdapat pelajar yang sensitive terhadap cahaya. Selain itu,
kajian pada tahun 1978 mendapati terdapat individu memerlukan persekitaran yang
terang semasa belajar.
Begitu juga dengan
unsur bunyi yang mampu menghasilkan gaya pembelajaran yang beraneka jenis.
Hasil kajian Dunn dan Dunn (1978) juga mendapati ada individu yang memerlukan
bunyi seperti muzik di persekitaran mereka semasa belajar. Hal ini kerana bunyi
daripada radio atau televisyan mampu mengelakkan individu tersebut mengantuk.
Bagi pelajar yang suka belajar dalam keadaan sunyi pula, mereka lebih gemar
belajar bersendirian berbanding berkumpulan.
Unsur suhu seperti
yang dinyatakan oleh Dunn dan Dunn, turut boleh mempengaruhi gaya pembelajaran
seseorang. Suhu yang sejuk dan nyaman dikatakan dapat mempertingkatkan
keberkesanan pembelajaran. Proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan
sekiranya dilaksanakan dalam suasana yang nyaman dan berhawa dingin.
Manakala unsur rekabentuk
tempat belajar pula boleh mempengaruhi gaya
pembelajaran melalui susun atur kerusi dan meja dalam bilik darjah sama ada selesa ataupun tidak. Pelajar yang gemar untuk belajar secara formal akan memerlukan satu tempat khas yang mempunyai sebuah meja dan kerusi untuk aktiviti pembelajaran. Golongan ini amat berstruktur dan mempunyai personaliti introvert. Bagi pelajar yang suka belajar secara tidak formal misalnya belajar di sebuah kerusi kusyen, katil, lantai dan sebagainya mempunyai personaliti ekstrovert.
pembelajaran melalui susun atur kerusi dan meja dalam bilik darjah sama ada selesa ataupun tidak. Pelajar yang gemar untuk belajar secara formal akan memerlukan satu tempat khas yang mempunyai sebuah meja dan kerusi untuk aktiviti pembelajaran. Golongan ini amat berstruktur dan mempunyai personaliti introvert. Bagi pelajar yang suka belajar secara tidak formal misalnya belajar di sebuah kerusi kusyen, katil, lantai dan sebagainya mempunyai personaliti ekstrovert.
Emosi
Rangsangan emosi mempunyai perkaitan
yang rapat dengan perasaan seseorang. Elemen yang terkandung dalam rangsangan
emosi temasuklah motivasi, kecekalan, sikap tanggungjawab, dan juga struktur.
Elemen motivasi boleh
dibahagikan kepada motivasi intrinsik dan juga motivasi ekstrinsik. Motivasi
intrinsik merupakan sesuatu yang datang dari dalam diri murid itu sendiri.
Seseorang yang mempunyai motivasi intrinsik yang kuat boleh belajar dengan
inisiatif sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Manakala pelajar yang
mempunyai motivasi ekstrinsik hanya akan belajar apabila disuruh atau diarahkan oleh orang
lain. Tampalkan poster kata-kata perangsang di dalam bilik anda bagi
mendapatkan suasana dorongan dan
menggerakkan emosi anda untuk belajar.
Kecekalan penumpuan
yang tinggi seseorang mampu membantu individu berkenaan belajar dalam tempoh
masa yang panjang. Kecekalan mempengaruhi seseorang dalam penggunaan masa untuk
belajar. Sesetengah pelajar mudah hilang minat serta serta cepat merasa bosan
sehinggakan mereka hanya mampu menumpukan perhatian pada sesuatu perkara dalam
jangka masa yang pendek sahaja. Ramai pelajar suka menangguhkan kerja apabila
tugasan yang diberikan itu membosankan, sukar dan memerlukan usaha yang lebih
lama untuk menyiapkannya.
Pelajar
yang mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap pelajarannya akan sentiasa
melaksanakan tugasannya dengan inisiatif sendiri (Dunn dan Dunn, 1978). Namun
begitu, terdapat juga pelajar yang suka mengabaikan tugasan yang diberi serta
membuatnya sambil lewa.
Pelajar
akan lebih mengamalkan belajar secara berkesan apabila mendapat arahan yang
jelas dan berstruktur. Dunn dan Dunn (1978) mendefinisikan struktur sebagai
suatu peraturan spesifik yang digunakan untuk melaksanakan kerja dan menyiapkan
tugasan.
Sosiologikal
Rangsangan sosiologikal terdiri
daripada elemen-elemen seperti diri sendiri, berpasangan, dan berkelompok sama
ada dengan rakan sebaya atau orang dewasa.
Terdapat
individu yang lebih suka belajar bersendirian dan tidak mahu ada sebarang ganguan
ketika belajar. Kecenderungan individu yang belajar dalam kumpulan untuk
membuang masa adalah tinggi kerana terlalu banyak bercakap sesame rakan
sehinggakan mereka tidak dapat menumpukan perhatian mereka terhadap perkara
yang dibincangkan. Sekiranya anda dalam kategori ini anda sepatutnya mempunyai
ramai rakan sokongan untuk belajar dan anda kurang selesa belajar bersendirian.
Anda juga gemar memberi pendapat dan meminta pendapat daripada rakan-rakan
perbincangan anda.
Suasana perbincangan, kerjasama, soal
jawab, mengemukakan hujah dan member ulasan kepada maklumat yang diterima
adalah yang terbaik. Suasana yang sentiasa berbalas-balas idea dapat
menambahkan minat dalam sesuatu proses pembelajaran.
Sesetengah
individu lebih selesa belajar bersama rakan sebaya mereka sendiri. Manakala
belajar bersama orang yang lebih dewasa boleh digunakan sebagai tempat menyoal
atau mengemukakan soalan apabila menghadapi sesuatu masalah ketika pembelajaran
sedang dijalankan.
Fizikal
Rangsangan fizikal terdiri daripada elemen-elemen seperti presepsi,
makanan dan minuman, waktu belajar dan pergerakkan pancaindera menilai.
Presepsi pancaindera
merujuk kepda lima pancaindera sewaktu memproses dan mengingat maklumat oleh
setiap individu. Model Dunn dan Dunn mendedahkan keperluan variasi cara
belajar. Model beliau menekankan pembelajaran menggunakan kaedah untuk
mengingat informasi iaitu secara visual, auditf, taktual dan kinestetik.Belajar
secara auditif membantu pelajar melalui mengeluarkan bunyi sewaktu belajar
supaya ditinya dapat mendengar dan mengingat. Manakala, belajar secara visual
ialah belajar melalui pengamatan kepada asosiasi visual yang kuat. Kaedah
belajar taktual pula, adalah gaya pembelajaran melalui sentuhan kerana
penterjemahan serta penggabungan pembelajaran tidak berlaku tanpa menyentuh
bahan yang ingin dipelajari. Seterusnya, pembelajaran menggunakan kaedah
kinestik adalah pembelajaran melalui perlakuan aktiviti fizikal dan gerak
kerja.
Selain itudalam aspek
fizikal juga, terdapat individu yang dapat belajar secara berkesan apabila
adanya makanan dan minuman semasa belajar. Selain itu, tekanan dapat
dikurangkan melalui makan dan minum. Bukan semua pelajar seperti ini tetepi
terdapat juga sesetengah pelajar yang kurang gemar makan dan minum ketika
belajar kerana aktiviti ini mampu mencuri tumpuan pelajar tersebut dalam
pembelajarannya.
Di samping itu, waktu
belajar berperanan penting untuk membantu individu tersebut dalam aktiviti
pembelajarannya sama ada belajar dengan lebih segar di waktu pagi atau pada
waktu malam dengan persekitaran yang sunyi dan tenteram. Waktu perdana sangat
penting untuk menyiapkan segala tugasan yang di beri kerana pada waktu inilah
pelajar dapat belajar secara berkesan (Dunn dan Dunn,1978). Menurut Haynes
(1989), waktu perdana didefinisikan sebagai waktu bagi seseorang itu paling
bertenaga untuk menyiapkan tugasannya dengan baik.
Terdapat pelajar yang
gemar beralih-alih tempat duduk sekiranya belajar untuk jangka masa yang lama. Mereka
perlu perlu melakukan pergerakkan dalam proses pembelajaran tersebut, misalnya
bergerak untuk mendapatkan makanan, minuman, berpindah ke tempat lain, dan
sebagainya (Dunn dan Dunn, 1978). Dalam proses pembelajaran seperti ini, rehat
merupakan satu kemestian kepada pelajar.
Psikologikal
Rangsangan psikologi
terdiri daripada elemen-elemen berikut iaitu analitik/ global, impulsif/
reflektif, dan dominan otak kiri/ dominan otak kanan.
Pelajar analitik melakukan segala tugasan secara
terperinci dan lebih focus terhadap setiap aktiviti pembelajaran yang
dilakukan. Golongan pelajar ini hanya melakukan satu perkara dalam satu masa
sahaja. Berlainan pula dengan pelajar yang global kerana pelajat ini akan
melihat sesuatu gambaran yang lebih luas dan terbuka. Pelajar ini akan lebih
cenderung untuk bekerjasama dalam bentuk kumpulan berbanding secara
bersendirian. Pelajar tersebut juga gemar melakukan banyak perkara dalam satu
masa. Pelajar holistik melihat aspek secara meluas dan membuat rumusan secara
menyeluruh.
Individu yang impulsif pula gemar membuat keputusan yang
cepat dan sering menggunakan gerak hati apabila melibatkan diri dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Manakala, individu yang reflektif lebih
berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Individu ini sangat prihatin
dan berfikir secara mendalam sebelum melibatkan diri dalam proses pembelajaran.
Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak
kiri (HOKI) dan otak kanan (HOKA). Fungsi otak yang berbeza ini mempengaruhi
setiap pembelajaran setiap individu. Otak kiri manusia mengawal tindakan
manusia dari aspek bahasa, matematik, logic, sekuens, linear dan analisis.
Manakala, otak kanan pula berfungsi dalam aspek bentuk, ruang, lukisan, corak, holistik,
rentak dan irama.
No comments:
Post a Comment