Definisi
Sintaksis
ialah bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat. Sesuatu ayat terbina
daripada rentetan kata yang digabungkan dan disusun mengikut rumus atau hukum
tatabahasa. Hal ini bermakna, sintaksis dapat juga diertikan sebagai bidang
yang menkaji hukum atau rumus tatabahasa yang digunakan untuk membentuk ayat
dalam sesuatu bahasa.
Menurut
Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa
yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis
juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari
kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk
membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
• Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.
• Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan
ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.
• Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek
perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.
masih tak faham....... boleh bagi cth tak?
ReplyDelete