SUMBER-SUMBER SEJARAH
Pengertian sumber Sejarah :
Bahan-bahan yang dapat digunakan untuk mengumpulkan informasi tentang peristiwa yang terjadi pada masa lampau
CONTOH-CONTOH SUMBER SEJARAH
Sumber dokumenter : bukti pembayaran, surat-surat pribadi, buku harian
Sumber korporal : arca, perkakas, fosil, artefak
sumber lisan : cerita yang disampaikan secara lisan, termasuk bahasa
Sumber Sejarah:
Adalah jelas bahawa semua maklumat kami berhubung dengan peristiwa-peristiwa dan keadaan-keadaan silam berasal daripada bukti-bukti yang pelbagai jenis. Bukti-bukti ini dipanggil sumber. Kadangkala ada sejumlah sumber yang baik dan boleh dipercayai untuk satu-satu peristiwa, misalnya sebagai contoh, peristiwa pendaratan jepun di Kampung Pulau Pak Amat. Bagi banyak hal yang penting, yang hebat, yang kami mahu ketahui mengenainya,dan kami harus menjumpai sumber orang untuk mendapatkan cerita yang sebenarnya. Contohnya, kita boleh meramal apa yang yang berlaku di kampong pulau pak amat kerana tanggapan kita kepada penjajah pasti tanggapan yang negative tetapi kami juga harus melihat kepada bukti-bukti yang kami dapat untuk melihat apa yang boleh dikaitankan dengan peristiwa ini dan untuk peristiwa kampung pulau pak amat ini kami boleh boleh merujuk terhadap bukti-bukti yang boleh kami dapati di Bank Kerapu.
SEJARAH LISAN DAN TRADISI LISAN
SEJARAH LISAN (ORAL HISTORY)
Cara/metode untuk mendapatkan informasi (sebagai sumber penulisan)
Informasi berasal dari tangan pertama yang dituturkan secara lisan oleh pelaku/saksi yang diwawancarai sejarawan/peneliti. Hasil wawancara merupakan produk sumber sejarah lisan
Ciri-ciri :
Sifatnya kontemporer, mampu memberikan kemungkinan yang hampir tidak terbatas untuk menggali sejarah dari pelaku/saksi
Dapat mencapai pelaku/saksi sejarah yang tidak tercantum dalam dokumen
Memungkinkan perluasan permasalahan sejarah
SUMBER DALAM SEJARAH
Sumber sejarah meliputi semua bentuk yang boleh membuktikan kehidupan dan
aktiviti manusia masa lepas. Pada kebiasaannya ia dalam bentuk sumber-sumber bertulis, perkataan, tinggalan artifak, hasil seni dan budaya, gambar dan filem. Sumber dalam bidang sejarah adalah unik kerana ia terdapat dalam pelbagai bentuk yang boleh digunakan.
Penggunaan sumber bertulis adalah sebagai unsur penting yang digunakan oleh ahli-ahli sejarah untuk mengemukakan hasil kajian mereka. Di dalam kedua-dua pilihan kajian penyelidikan dan hasil akhir mereka, ahli-ahli sejarah terpengaruh dengan apa yang telah ditulis oleh ahli sejarah sebelum mereka iaitu untuk mengemukakan sumber-sumber baru. Ujian pertama melalui penyelidikan sejarah dinilai dari segi sejauh mana interpretasi masa lepas konsisten dengan sumber yang diperolehi, apabila sumber tidak lagi menjadi relevan atau buku yang lama dinilai kembali, malahan ada buku-buku yang terkenal tidak lagi bernilai. Dalam dunia realiti disiplin sejarah moden bukan hanya bergantung apa yang disampaikan oleh ahli sejarah terdahulu tetapi dengan adanya penilaian semula terhadap sumber-sumber asal. Dengan sebab itulah ahli-ahli sejarah menerima hakikat bahawa sumber adalah asas keperluan dalam penulisan sejarah. Bagaimanapun apa yang ditulis oleh orang sebelum ini dianggap sumber kedua.
Perbezaan di antara sumber primer dan kedua adalah menjadi perbezaan dalam
penyelidikan sejarah. Sumber asli bermakna bukti zaman kontemporari yang dirujuk. Apakah maksud kotemporari? Ahli-ahli sejarah merujuk perkara ini kepada sumber kontemporari sebagai sumber yang lebih hampir dengan masa kini. Sumber kontemporari pada umumnya mendapat lebih perhatian di kalangan ahli-ahli sejarah moden. Contohnya, sikap penduduk Britain terhadap Revolusi Perancis mempunyai pengaruh besar terhadap suasana politik di England, oleh itu dari satu sudut pandangan, laporan perkembangan di Paris yang diedarkan di Britain pada ketika itu menjadi sumber yang begitu penting sekali.
Pemilihan Sumber
Sudah menjadi satu keperluan dalam melakukan sesuatu kajian, ahli-ahli sejarah
akan berusaha menggunakan sumber primer. Ia sebagai usaha untuk membuktikan bahawa kajian yang dilakukan adalah tulen dan sumber yang digunakan adalah yang pertama kali digunakan atau sekurang-kurangnya diberikan interpretasi baru. Persoalannya ialah bagaimana bentuk sumber primer itu?
Sumber primer dapat dikelaskan kepada dua jenis.
Sumber pertama ialah bahan belum dicetak, contohnya ialah manuskrip yang belum dicetak dan bahan-bahan asli yang dikeluarkan oleh kerajaan, organisasi korporat atau individu perseorangan.
Sumber kedua pula ialah sumber-sumber yang digunakan dalam kajian dan penulisan sejarah yang telah diterbitkan oleh seseorang. Ia boleh jadi berupa hasil kajian sejarah yang diterbitkan dalam bentuk ilmiah di dalam buku, jurnal atau monograf. Walaupun keaslian kajian dalam sejarah lebih banyak menekankan penggunaan sumber primer, namun ini tidaklah bermakna sumber kedua ini diketepikan. Penggunaan sumber kedua banyak membantu ahli-ahli sejarah untuk mendapatkan gambaran atau pengetahuan mengenai sesuatu tajuk. Ia juga berupaya membantu pengkaji mengenai sumber yang sudah digunakan dan juga sumber yang masih belum digunakan.
Fakta dan Bukti
Fakta dan bukti adalah dua perkara penting dalam proses menghurai sesuatu peristiwa sejarah. Secara umumnya, tugas ahli sejarah dalam membuat penyelidikan ialah mengkaji fakta sesuatu peristiwa itu berlaku. Namun untuk mencapai hasrat ini, ahli-ahli sejarah perlu mendapatkan sumber-sumber yang berkaitan dengan tajuk. Lebih banyak sumber primer diperolehi, maka lebih cerah usaha ahli-ahli sejarah mencari fakta sesuatu peristiwa itu berlaku.
Dalam masa yang sama, fakta mengenai sesuatu peristiwa itu berlaku perlu dibuktikan oleh ahli-ahli sejarah yang membuat kajian. Dalam kes mengumpulkan bukti, kebanyakan aktiviti tertumpu kepada peringkat awal kajian, tetapi ada juga akan muncul pada peringkat kemudian. Selanjutnya, pengumpulan bukti akan masuk ke dalam peringkat kerja-kerja penganalisaan.Mengumpulkan bukti bukanlah merupakan suatu proses yang mudah. Banyak keputusan yang dibuat sewaktu pengumpulan bukti memerlukan penggunaan kaedah dan alasan yang lengkap dan akan memberi kesan terhadap hasil penyelidikan.
KLASIFIKASI SUMBER
Pengetahuan kita terhadap peristiwa masa lalu adalah berasaskan kepada sumber-sumber yang ditinggalkan. Sumber memainkan peranan sebagai alat komunikasi masa kini dengan masa lalu. Secara umumnya sumber boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu sumber lisan, sumber tulisan dan artifak.
(a) Sumber lisan adalah merupakan sumber tradisional sejarah yang sudah tua bermula dengan permulaan sumber itu lagi iaitu ketika manusia sudah boleh berfikir dan waktu lahirnya kebudayaan. Sumber lisan akan bergantung kepada bahasa yang diucapkan dan ia disampaikan dari satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Sejarah lisan tidak mengemukakan kenyataan atau fakta semata-mata kerana di dalamnya terkandung juga unsur-unsur mitos dan legenda. Contohnya, Hikayat Hang Tuah mengandungi kisah-kisah sejarah, tetapi apabila ia mengatakan Hang Tuah tidak mati, hikayat ini sudah mengandungi unsur-unsur mitos.
(b) Sumber tulisan adalah sumber penting dalam sejarah. Ia merupakan kisah-kisah sejarah yang ditulis oleh masyarakat semenjak mereka tahu menulis. Bahan-bahan bertulis dari masyarakat dahulu ada yang boleh diterima sebagai bahan sejarah dan ada juga yang tidak. Bahan-bahan bertulis yang diterima sebagai sumber sejarah adalah dalam bentuk buku sejarah, annal, chonicle, catatan peristiwa, buku peringatan, buku harian, resolusi, diari,rekod kerja dan sebagainya.
Sumber tulisan
Bentuk atau sifatnya
Memori
Ditulis oleh jurutulis/pengembara yang menceritakan peristiwa semasa.
Annal
Laporan peristiwa-peristiwa dalam bentuk tahunan.
Buku peringatan
Mencatatkan peristiwa sempena ulang tahun sesuatu peristiwa bersejarah
Buku harian
Laporan tugas dan peristiwa yang berlaku ditulis dari sehari ke sehari
Diari
Catatan individu mengenai perkara yang berlaku dalam bentuk harian.
Rekod kerja
Ia merupakan catatan kerja harian pegawai-pegawai.
(c) Sumber artifak adalah semua bentuk tinggalan masa lalu yang mempunyai bentuk dan rupa. Ia boleh didapati melalui kerja-kerja cari gali daripada kegiatan arkeologi. Artifak juga mempunyai nilai kebudayaan dan ketamadunan yang ditinggalkan oleh sesuatu masyarakat atau individu.Melalui tinggalan ini, seseorang ahli sejarah atau arkeologi dapat mengetahui usia, kegiatan masyarakat dan perkembangan semasa yang berlaku ketika itu. Salah contoh artifak yang penting dalam kajian sejarah ialah piramid dan mumia raja-raja Mesir dahulu kala. Ia amat penting bagi ahli-ahli sejarah membuktikan mengenai ketamadunan kerajaan Mesir purba.
Adalah jelas bahawa semua maklumat mengenai kisah lampau perlu disertakan dengan bukti. Bukti-bukti yang dikemukakan ini adalah dikenali sebagai sumber sejarah. Kadangkala terdapat sumber yang baik dan boleh dipercayai bagi sesuatu peristiwa. Sebagai contohnya, peristiwa rundingan kemerdekaan oleh kerajaan Perikatan (Persekutuan Tanah Melayu) dengan kerajaan British di London pada tahun 1956. Bagaiamanapun, kadangkala terdapat peristiwa sejarah yang tidak boleh diberikan bukti, umpamanya kisah Singapura dilanggar todak. Ia hanya merupakan catatan yang terdapat dalam Sejarah Melayu. Oleh itu, terdapat juga kebanyakan peristiwa sejarah yang tidak dapat diberikan bukti melalui penulisan. Cuma kita boleh mengetahuinya melalui cerita-cerita yang disampaikan dari satu generasi kepada satu generasi. Kadangkala, kita juga hampir tidak mengetahui kisah-kisah sejarah yang lebih awal di Malaysia ini. Contohnya, kita tidak mengetahui bagaimana bentuk hubungan negeri-negeri di Tanah Melayu sebelum tertubuhnya empayar Melaka pada abad ke-12. Namun demikian, kita masih boleh mengetahui melalui sumber-sumber yang terbatas seperti daripada catatan pengembara-pengembara atau pelayar-pelayar pada zaman tersebut.Hanya sebilangan kecil yang belajar sejarah yang menggunakan sumber primer (utama) atau sumber-sumber pertama. Kebanyakan lebih berminat dengan sumber-sumber kedua kerana ia lebih mudah diperolehi dan sudah ditulis oleh orang lain. Namun demikian, ia akan mendedahkan pengkaji kepada mempercayai interpretasi yang telah dibuat oleh orang lain. Sebaiknya bagi ahli sejarah ialah menggunakan sumber-sumber primer (utama) dalam sesuatu pengkajian dan penulisan sejarah kerana ini memberi peluang kepada mereka untuk membuat tafsiran asal mengenai sesuatu peristiwa sejarah.
1. HEURISTIK
Mencari dan menemukan sumber
Masalah yang muncul :
1) sumber sudah sangat tua
2) sumber tidak boleh sembarangan dibaca (pada daerah tertentu yang boleh membaca hanya orang-orang tertentu)
3) Kesulitan dalam memahami bahasa yang digunakan
4) Lebih banyak menggunakan tulisan tangan (sumber-sumber tua)
5) Sumber masih tertutup (batas dibukanya sumber sekitar 25 tahun)
2. KRITIK
Dilakukan terhadap sumber yang diperoleh untuk mendapatkan FAKTA (harus objektif)
Dalam tahapan Heuristik dan Kritik inilah sejarah dipandang sebagai ilmu sebab objektif sifatnya.
3. HISTORIOGRAFI
Dalam tahap ini 3 langkah dikerjakan secara serentak yakni :
• Interpretasi ; fakta-fakta yang diperoleh diberi isi
• Eksplanasi ; mendeskripsikan (memberi penjelasan)
• Ekspose (penyajian) ; dalam bentuk tulisan
Tidak akan ada sintesis TANPA EKSPLANASI
ANALISIS SEJARAH
Tujuan analisis sejarah adalah SINTESIS daripada fakta sejarah yang diperoleh melalui kritik sumber, atau sejarah sebagai pertulisan
Masalah fundamental dalam pembelajaran sejarah adalah analisis mengenai apa yang difikirkan, diucapkan, dan di lakukan oleh orang yang menimbulkan PERUBAHAN melalui DIMENSI WAKTU

assalam masih aktif lg ke blog ni?
ReplyDelete