Terdapat beberapa
ciri berlakunya proses kemahiran berkesan antaranya ialah perubahan yang
berlaku secara sengaja. Proses ini berlaku apabila individu itu sendiri yang
berusaha mngubah sesuatu melalui apa yang telah dia pelajari. Pelajar tersebut
mengambil inisiatif sendiri seperti menghafal, membuat latihan dan
mangulangkaji pelajaran dan akhirnya pelajar tersebut mendapat markah yang
memuaskan. Secara tidak langsung, pengetahuan dan kecekapan pelajar itu
meningkat.
Selain itu, perubahan
secara berterusan dan tetap. Hasil daripada pembelajaran, individu akan
merasakan peningkatan pengetahuan, perasaan, tingkah laku dan kemahiran
masing-masing. Oleh itu, individu tidak akan mengulangi kesilapan sebelum ini. Perubahan
bersifat aktif dan positif juga merupakan ciri-ciri kemahiran belajar. Hasil
daripada pembelajaran, berlakunya peningkatan dari segi kecekapan dalam diri seseorang.
Peningkatan perubahan berlaku apabila adanya unsur baru dalam mendapatkan
maklumat dan kemahiran. Seseorang itu akan lebih yakin dengan diri masing-masing
dan tidak terlalu mengharap kepada orang lain dalam melakukan sesuatu.
Di samping itu, perubahan
bermatlamat dan terarah. Seseorang itu perlulah ada matlamat dan terarah untuk
memudahkan perubahan tingkah laku terjadi apabila berlakunya proses
pembelajaran. Sebagai contoh, di dalam sesuatu pembelajaran seseorang itu
menyatakan matlamat yang perlu dicapai di akhir pembelajaran itu.
Apabila berlakunya tingkah laku yang dikehendaki hasil daripada matlamat dan arah yang telah ditentukan, maka berlakulah proses pembelajaran yang lebih berkesan.
Apabila berlakunya tingkah laku yang dikehendaki hasil daripada matlamat dan arah yang telah ditentukan, maka berlakulah proses pembelajaran yang lebih berkesan.
Seterusnya ialah perubahan
tingkah laku secara Holistik. Perubahan tingkah laku secara Holistik bermaksud
perubahan yang menyeluruh dalam diri seseorang, ianya terdiri daripada semua
aspek seperti cara hidup, cara pemikiran, kepercayaan, matlamat dan sebagainya.
Jika individu menanam matlamat dalam diri untuk mencapai suatu
matlamatnya,secara tidak langsung ia akan mengubah cara pemikiran,strategi dan
cara belajar untuk mencapai kejayaan tersebut.
No comments:
Post a Comment