Kesan
kepada Negara
Kadar jenayah dalam negara menurun
Pengabaian
kepada akhlak yang mulia boleh membawa kesan yang teruk kepada masyarakat
seperti peningkatan kadar jenayah. Penglibatan manusia di dalam akhlak yang
buruk akan mudah menyebabkan mereka dengan terjebak dengan aktiviti-aktiviti
yang memudaratkan. Dengan itu, mereka akan mudah lagi untuk melibatkan diri
dengan aktiviti jenayah disebabkan oleh hati mereka yang gelap disesatkan oleh
syaitan dengan akhlak mereka yang tidak baik. Ini akan menyebabkan masyarakat
tidak lagi akan hidup selesa dan mereka selalu akan rasa terancam dalam
kehidupan mereka. Justeru itu, pengamalan akhlak yang baik akan membantu
menurunkan kadar jenayah dalam negara.
Sifat toleransi dan kepercayaan antara rakyat
Individu
yang tidak berakhlak terpuji akan mengamalkan sifat-sifat tercela dalam
kehidupan mereka. Ini akan memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat kerana
akan timbul perasaan buruk dan prasangka dikalangan masyarakat sendiri yang
mana ia akan menyebabkanpergaduhan berlaku antara dua pihak yang berlainan
pendapat. Kesan ini adalah amat tidak baik kerana ia memberikan kesan negatif
dalam jangka masa yang lama di dalam masyarakat. Oleh itu, pengamalan akhlak
baik serta budaya bertoleransi akan dapat memupuk kepercayaan antara rakya yang
berbilang kaum.
Perpaduan dalam masyarakat
Akhlak yang buruk
juga boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perpecahan di kalangan
masyarakat. Ini kerana mereka yang tidak berakhlak itu akan dipulau oleh
manusia yang lain dan pada masa yang sama mereka yang dipulaukan ini akan
membawa diri mereka mengikut hala tuju mereka sendiri tanpa tunjuk ajar, nasihat
dan bimbingan daripada masyarakat untuk menjadi seorang yang berakhlak mulia. Oleh
hal yang demikian, dengan pengamalan akhlak mulia akan membentuk perpaduan masyarakat
dan dapat hidup bersatu-padu serta membantu antara satu sama lain.
Menjamin generasi dan kepimpinan negara
Pengamalan
akhlak yang baik dalam kalangan penduduk-penduduk negara boleh menyumbang
kepada terbentuknya generasi negara yang berkualiti dan mempunyai daya
kepimpinan dan ketahanan yang tinggi yang mana unsur-unsur ini amat penting
dalam melahirkan generasi yang akan membawa negara ke tahap yang lebih tinggi
pada masa hadapan.
Tanpa pemimpin yang
berwawasan dan berperilaku baik, maka negara akan mudah untuk diceroboh dengan
pelbagai anasir-anasir luar dari segenap aspek di samping keadaan negara yang
tidak akan stabil Hashim Haji Bedu, et. (2008). Justeru itu, pengamalan
akhlak-akhlak mulia perlulah diterapkan oleh para guru di samping mengajar
mereka ilmu pengetahuan di sekolah bagi menjamin generasi pelapis negara.
Pembangunan dan ekonomi negara akan meningkat
Penyebaran akhlak yang baik dalam kalangan warganegara
akan boleh mengundang kepada meningkatnya pembangunan dan ekonomi di seesuatu
negara itu. Seperti yang diketahui, negara tidak akan mampu membangun dengan
baik jikalau kadar jenayah dan salah laku menular luas di kalangan masyarakat kerana
pembangunan negara yang berterusan tidaklah efektif jikalau nilai murni dan
akhlak baik di kalangan masyarakat adalah masih di tahap membimbangkan
Islamophobia dalam kalangan rakyat dapat
dihindarkan
Setiap
manusia mempunyai kepercayaan dan agama masing-masing. Namun begitu,
penghayatan seseorang itu terhadap agamanya terutamanya islam itulah yang akan
menentukan sejauh manakah nilai akhlak seseorang itu. Jikalau penghayatannya
kurang, mana penganut-penganut agama lain akan dapat melihat akan betapa
lemahnya dan tidak efektif agama islam dalam membentuk manusia yang berakhlak
mulia dan berperibadi tinggi.
Hal
ini akan mengundang kepada perspeksi
yang buruk atau islamophobia terhadap agama islam itu sendiri dan negara di
mana agama islam sebagai agama rasmi negara. Ini boleh menimbulkan kekacauan di
dalam negara diantara warganegara.
Oleh sebab itu,
penekanan kepada penerapan agama islam dalam pembentukan akhlak hendaklah dikuatkan
lagi dengan melibatkan kesemua pihak dalam menggabungjalinkan semua usaha yang
ada dalam melahirkan individu dan masyarakat yang berperilaku baik dan
berakhlak mulia mengikut tuntutan agama islam.
Halo
ReplyDelete