Bahasa Melayu Kelantan (Dialek Kelantan:Baso Melayu Klate Jawi:بهاس ملايو كلنت) merupakan Bahasa Melayu yang dipertuturkan oleh di Negara Bagian Kelantan. Dialek ini juga dipertuturkan di sebahagian Terengganu (di Pulau Perhentian dan Besut) serta sebahagian Kedah seperti di Baling, Sik serta Padang Terap.
Pada dasarnya, Bahasa Melayu dialek Kelantan ini mirip dengan Bahasa Melayu Patanni yang juga dituturkan di sebagian selatan Thailand, tetapi telah dipisahkan dengan keadaan sosial serta politik ke 2 negara tersebut.
Dialek ini mempunyai perbedaan ketara berbanding dengan kebanyakan dialek Bahasa Melayu yang dituturkan di Semenanjung Malaya (terutama Bahasa Melayu Johor), yang menekankan penggunaan vokal [ə] (e pepet seperti perkataan emak). Bahasa Melayu Kelantan mempunyai persamaan dengan Bahasa Melayu dialek Betawi atau Sambas yang memakai peralihan bunyi /e/ seperti lele pada akhir dialek vokal serta penggunaan akhiran /o/ seperti dialek Jambi dan Palembang, menyebabkan Bahasa Melayu Kelantan yang pekat sangat sulit dipahami oleh penutur Bahasa Melayu yang lain (Kecuali penutur Bahasa Melayu Pattani serta penutur Dialek Terengganu yang berkerabat)
Contoh perbezaan perkataan Bahasa Melayu standard dan bahasa Melayu Kelantan
Bahasa Melayu standard Bahasa Melayu KelantanSaya Sayo (urusan resmi)Ambo (menunjukkan hormat)Kawe (untuk kenalan biasa)Kito (dengan orang yang lebih tua)Aku (dengan sahabat rapat) Oghe (di kalangan keluarga)
Kamu Demo/AwokItu Hok tuIni Hok NihPanjat GhukahBeritahu GhoyakRambutan MokteSatu So'Keluar TubikBoleh Buleh
Perkataan yang berakhir dengan 'an','am','ang'
Perkataan yang berakhir dengan an, am, ang biasanya akan diganti dengan /e/ - seperti dialek Betawi dan Sambas.
Bahasa Melayu standard Bahasa Melayu Kelantan
Jangan JangeIkan IkeMakan MakeLengan LengeAyam Aye
Abang AbeBimbang BimbeBinatang Binate/Nate
Perkataan yang berakhir dengan 'a','o','e'
Perkataan yang berakhir dengan 'a','o','e' biasanya (bukan semestinya) akan diganti dengan 'o' (seperti dialek Palembang, Jambi serta sebahagian Riau Daratan.)
Bahasa Melayu standard Bahasa Melayu KelantanBuka BukoMana ManoBaka BakoDua DuoTiga TigoRasa Ghaso
Tasydid
Peranan Tasydid dalam loghat Kelantan adalah begitu besar maksudnya. Penggunaan Tasydid (penekanan konsonan) akan menyebabkan susunan struktur perkataan tidak berubah.
Bertasydid(Bahasa Kelantan) Tanpa Tasydid(Beza maksud yang ketara)Ruput make kkambing Rumput makan kambingRumput dimakan oleh kambing (maksud sebenar )Tok ppaka Tak pakaiTidak boleh pakai/tidak berguna (maksud sebenar)Make kketeng Makan kantinMakan di kantin ( maksud sebenar )Kkecek Kecek/pujukBercakap ( maksud sebenar )Baju ddale Baju dalam Baju dimasukan dalam seluar ( maksud sebenar )Bunga bahasa
Bunga bahasa MaksudYak! Ooh!
Gak/Pah Habis tu/JadiHo Ya lah.Dok? Bukan?/Betul tak? (Persoalan.)Lamoke. Nantikan.Kata penguat
Kata penguat MaksudManis lleting Sangat manisMasing ppeghak Sangat masinPahit llepe Sangat pahitMase ppughik Sangat masamTawa eber Sangat tawarputih ssueh/ssembo Sangat putih
No comments:
Post a Comment