FUNGSI BAHASA MELAYU
PENGENALAN
Ada pepatah Melayu yang berbunyi “Maju
Bahasa Majulah Bangsa” dan “ Bahasa Jiwa Bangsa”. Kebenaran dan kebijaksanaan
kata-kata ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Hal ini disedari melalui
usaha-usaha untuk mendaulatkan bahasa Melayu menerusi penerapan falsafah dan
Dasar Bahasa Kebangsaan. Konsep “Satu Bahasa Satu Bangsa” akan membolehkan
usaha-usaha yang berterusan bagi mendaulatkan bahasa Melayu sebagai penyatuan
rakyat yang berbilang kaum dan sebagai bahasa yang mencerminkan masyarakat yang
berdaulat dan berjaya.
Bahasa Melayu semenjak zaman Empayar
Sriwijaya telah memainkan peranannya sebagai bahasa lingua franca di nusantara secara berterusan sampai sekarang.
Penjajahan kuasa asing tidak menjejaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa lingua franca. Ciri ketahanan
ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai potensi untuk terus berkembang
pada masa akan datang.
Perjuangan
memartabatkan bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan membebaskan
tanah air daripada belenggu penjajahan; yang akhirnya kejayaan tercapai dengan
termaktubnya, Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
menyebut “Bahasa Kebangsaan Negara ini ialah bahasa Melayu”.
Sebagai bahasa kebangsaan negara baru yang berdaulat, bahasa Melayu ditambah peranan atau fungsinya sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa urusan perniagaan dan bahasa komunikasi. Pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu akan melahirkan rasa cinta terhadap bahasa Melayu. Hal ini akan mendorong kita untuk mempelajari, menghayati, menguasai, dan menggunakannya dengan berkesan. Selain itu, sebagai rakyat Malaysia akan berasa bangga terhadap bahasa kebanggaan negara kerana bahasa ini merupakan lambang jati diri dan kedaulatan negara. Sesungguhnya, pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu ini dapat mewujudkan persefahaman pemikiran dan tindak-tanduk kita dalam kehidupan seharian.
Sebagai bahasa kebangsaan negara baru yang berdaulat, bahasa Melayu ditambah peranan atau fungsinya sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa urusan perniagaan dan bahasa komunikasi. Pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu akan melahirkan rasa cinta terhadap bahasa Melayu. Hal ini akan mendorong kita untuk mempelajari, menghayati, menguasai, dan menggunakannya dengan berkesan. Selain itu, sebagai rakyat Malaysia akan berasa bangga terhadap bahasa kebanggaan negara kerana bahasa ini merupakan lambang jati diri dan kedaulatan negara. Sesungguhnya, pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu ini dapat mewujudkan persefahaman pemikiran dan tindak-tanduk kita dalam kehidupan seharian.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang dapat
memperlihatkan identiti nasional dan lambang bagi sesuatu bangsa atau negara.
Kedaulatan bahasa Melayu muncul kembali apabila bahasa Melayu dipilih sebagai
bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Negara Brunei Darussalam dan
Singapura. Bahasa kebangsaan mempunyai kaitan rapat dengan sejarah bangsa dan negara itu sendiri.
Setiap negara yang merdeka perlu memiliki bahasa kebangsaan yang dapat
melambangkan identiti bangsa dan negara tersebut. Sesuatu bahasa itu diiktiraf
sebagai bahasa kebangsaan melalui penggubalan undang-undang.
Fungsi utama bahasa kebangsaan secara
khusus adalah untuk menyerlahkan lambang inspirasi dan semangat kebangsaan dan
kemerdekaan. Tidak ketinggalan juga pengisian bahasa kebangsaan juga dapat
bertindak sebagai alat perhubungan dan seterusnya akan menghasilkan satu
kumpulan besar masyarakat yang mempunyai pandangan hidup yang hampir sama. Bahasa kebangsaan juga adalah digunakan untuk
perpaduan dalam kalangan warganegara kerana mempunyai masyarakat yang berbilang
kaum.
Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah
Melayu telah mencapai kemerdekaan. Sebuah negara yang merdeka memerlukan satu
bahasa kebangsaan untuk menjadi dasar satu identifikasi nasional. Jawatankuasa
yang merangka Perlembagaan Persekutuan yang diketuai oleh Lord Reid sedar peri
pentingnya bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia. Justeru, Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahasa Melayu dijadikan bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.
Bahasa kebangsaan perlu diwujudkan dalam
sesebuah negara kerana melambangkan identiti kebangsaan dan kedaulatan negara.
Bahasa kebangsaan juga berfungsi menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang
berbilang kaum serta membentuk satu bangsa Malaysia mempunyai identiti
keperibadian yang dibanggakan dan kesetiaan yang tinggi. Bahasa kebangsaan juga
boleh menggalakkan pertumbuhan corak kebudayaan kebangsaan dan alat komunikasi
bagi rakyat Malaysia yang mempunyai etnik yang menutur pelbagai bahasa.
Untuk memenuhi hasrat ini, pada peringkat
awal bahasa kebangsaan telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di
sekolah-sekolah. Kemudian, apabila kedudukan bahasa Melayu sudah mentap dan
menjadi keperluan untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat serta memupuk
keperibadian masyarakat, istilah ‘Bahasa Malaysia’ pula digunakan. Hal ini
bermakna, bahasa Malaysia merujuk kepada bahasa Melayu. Namun demikian, istilah
bahasa Melayu dan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan tetap tidak berubah dan terus
kekal dalam perlembagaan negara.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
Bahasa rasmi merupakan bahasa yang
diberikan status sedemikian secara sah oleh sesebuah negara, negeri atau
wilayah. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti
dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan, urusan
perdagangan dan perusahaan, kehakiman, upacara rasmi dan antarabangsa. Bagi
sesetengah negara, bahasa rasmi digunakan oleh kerajaan dan pemerintah dalam
dokumen rasmi kerajaan berbanding penggunaan bahasa kebangsaan.
Dalam konteks Malaysia, bahasa rasmi
bererti pelaksanaan bahasa Melayu sebagai wahana pembinaan negara dalam semua
urusan, terutama urusan pentadbiran negara. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang
dipilih untuk tujuan urusan seharian negara dan fungsinya pula dapat memenuhi
beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:
i.
Bahasa
lisan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas-tugas rasmi negara.
ii.
Media
dalam segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan.
iii.
Penulisan
dokumen dan rekod kerajaan.
iv.
Media
untuk menulis semula undang-undang dan peraturan negara.
v.
Penulisan
semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.
Bahasa Melayu yang dipilih sebagai bahasa
kebangsaan namun bahasa Inggeris masih digunakan secara rasmi antara tahun 1957
hingga 1967. Bahasa Melayu telah dipilih
sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia melalui penggubalan
Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang mula berkuat kuasa pada April 1963. Akta ini mengandungi
tiga seksyen yang meliputi aspek-aspek tulisan, bentuk angka dan bahasa yang
digunakan dalam borang rasmi kerajaan. Pada tahun 1967, Akta Bahasa Kebangsaan
diluluskan dan mula berkuat kuasa oada 1 September 1967 di Semenanjung
Malaysia. Akta ini kemudian disemak dan akhirnya disatukan dengan Akat Bahasa
Kebangsaan 1063 dan dikenali sebagai Akta Bahasa Kebangsaan 1967.
Kedua-dua akta ini jelas menunjukkan
tentang bahasa Melayu yang dipilih
sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi kegunaan masyarakat.
Akta bahasa kebangsaan 1967 memperuntukkan bahawa selepas 1 September 1967,
bahasa Melayu hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi, kecuali kes
tertentu seperti undang-undang yang sedia ditulis dalam bahasa Inggeris,
perhubungan antarabangsa, hubungan diplomatik dan sebagainya. Penekanan tentang
penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi ini semakin mengukuhkan
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu / Bahasa Akademik
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bermaksud fungsi bahasa bahasa Melayu sebagai
pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan
moden, iaitu ilmu sains, teknologi, ekonomi, kejuteraan, kedoktoran, dan
undang-undang di samping sastera dan agama. Dengan kata lain bahasa Melayu
harus boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-lars
bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu moden,
misalnya dalam bidang kejuteraan, bahasa Melayu harus mempunyai laras-laras
bahasa yang khusus untuk menerangkan hal-hal tentang kejuteraan awam,
kejuteraaan elektrik dan elektronik, kejuteraan mekanikal dan kejuteraan kimia.
Begitu juga dalam bidang kedoktoran, bahasa Melayu perlu mempunyai laras bahasa
untuk memperkatakan hal-hal dengan tepat tentang bidang anatomi, biokimia,
farmakologi, fisiologi, mikrobiologi perubatan, obstetrik dan ginakologi dan
lain-lain lagi.
Laras-laras saintifik ini berbeza pula
dengan laras sains sosial dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan, laras
sejarah, laras seni ukir, laras sains rumah tangga dan sebagainya (Nik Safiah
Karim, 1986:6). Sebagai bahasa ilmu bahasa Melayu harus mempunyai
perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep
dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan antarabangsa, perindustrian ringan
dan berat, perniagaan saham, pengurusan perakaunan dan perangkaan. Maksudnya
kekuatan bahasa Melayu seharusnya setanding dengan kekuatan bahasa Inggeris
dalam memperkatakan konsep dan pemikiran ilmu moden. Bahasa Melayu perlu duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain
seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Jerman dan bahasa Jepun yang
sudah lama berperanan sebagai bahasa ilmu moden dengan jayanya.
Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu
mempunyai ciri keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Keintelektualan
bahasa ini dapat dicapai, terutamanya melalui perbendaharaan kata dan sistem
tatabahasa. Bahasa Melayu pada hari ini dapat memperkatakan bidang yang berbeza
daripada apa yang mampu dilakukan oleh bahasa Melayu suatu masa dahulu. Oleh
itu, sifat perbendaharaan kata bahasa Melayu juga turut mengalami perubahan.
Jika dahulu perbendaharaan kata bahasa Arab dan Sanskrit, kini perkataan bahasa
Inggeris sering digunakan, terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan moden.
Sistem tatabahasa pula merujuk kepada
segala aspek tatabahasa sama ada ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan dan
seumpamanya. Penekanan harus diberi kepada aspek imbuhan dan ejaan kerana
kesilapan dalam penggunaannya boleh mengubah maksud sebenar sesuatu ayat yang
dihasilkan itu. Bagi menangani perkara ini, terutamanya dari aspek sebutan,
perancangan dan pelaksanaan bahasa baku dijalankan. Hal ini bertujuan untuk
meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang bertaraf tinggi dan ada keselarasan
dalam penggunaannya.
Berdasarkan begitu banyak teks, kamus,
majalah, istilah dan bahan-bahan bacaan dan rujukan sudah diterbitkan untuk
kegunaan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi baik oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka mahupun penerbit-penerbit swasta, dan berpegang kepada hakikat bahawa
bahasa Melayu sudahpun mempunyai pelbagai laras bahasa dalam beraneka bidang
ilmu pengetahuan, kita dengan penuh keyakinan menyatakan bahawa bahasa Melayu
sudahpun berjaya sebagai bahasa ilmu.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar
Dengan tercatatnya dasar penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Penyata Razak (1956), usaha untuk
mencapai tujuan ini telah mula dijalankan. Mulai tahun 1958, bahasa Melayu yang
dahulunya digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah Melayu hingga ke
peringkat darjah VI telah digunakan sebagai bahasa pengantar di kelas menengah
Melayu yang kemudiannya menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan.
Di Semenanjung dan di Sabah, pertukaran
bahasa pengantar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris telah dijalankan
secara berperingkat-peringkat dan dimulakan pada bulan Januari 1968 dengan
menetapkan mata pelajaran Jasmani, Ilmu Kesihatan, Seni Lukis dan Pertukangan
Tangan, Pelajaran Tempatan dan Muzik diajarkan dalam bahasa Melayu di darjah 1
– 111. Ini diikuti pula oleh mata pelajaran Tatarakyat, sejarah dan Geografi di
darjah IV pada tahun 1969. Pada tahun 1970, semua mata pelajaran di darjah I,
melainkan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda selain dari bahasa Melayu, diajar
dalam bahasa Melayu. Pada tahun 1975, semua Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
Inggeris menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Di Sarawak,
pelaksanaannya dimulakan pada tahun 1977, iqitu untuk darjah 1.
Bagi Sekolah Menengah pula, pada tahun
1973, semua mata pelajaran sastera di Tingkatan 1 diajarkan dalam bahasa
Melayu. Untuk mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu, murid dari Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang menerima pelajaran rendah mereka dengan
berpengantarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil, bahasa Melayu telah diajarkan
sebagai satu mata pelajaran. Seterusnya pada tahun 1975, kelas peralihan bahasa
Melayu telah dimulakan supaya pelajar dari sekolah rendah jenis kebangsaan ini
dapat meneruskan pelajaran menengah mereka dalam bahasa pengantar bahasa
Melayu. Pada tahun 1976, semua Tingkatan 1 menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar, dan semua mata pelajaran sastera di Tingakatan IV diajarkan
dalam bahasa Melayu. Mulai tahaun 1980, semua sekolah menengah menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Tingkatan 1 – V, melainkan Tingkatan
VI akan menggunakannya mulai tahun 1981.
Kepentingan kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dan juga sebagai satu mata pelajaran diperkuatkan lagi
dalam sistem peperiksaan dengan menjadikan kelulusan dalam mata pelajaran
bahasa Melayu sebagai syarat untuk mendapatkan sijil.
Penyata Razak telah menyarankan bahawa
bahasa Melayu boleh dijadikan satu mata pelajaran yang penting dalam latihan
perguruan. Penyata Rahman Talib telah mengesyorkan supaya Menteri Pelajaran
menetapkan satu tarikh yang kelulusan di dalam bahasa Melayu menjadi syarat
wajib untuk kemasukan ke mana-mana skim latihan perguruan, dan dalam memilih
bakal guru pelatih, keutamaan hendaklah diberi kepada calon yang mempunyai kelulusan
di dalam bahasa Melayu.
Bahasa Melayu telah dijadikan mata
pelajaran wajib di dalam kursus perguruan sejak tahun 1957. Program. Program
untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di maktab perguruan
telah dijalankan secara beransur-ansur mulai tahun yang sama. Mulai tahun 1970,
bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar utama untuk kursus perguruan
sekolah rendah dan mulai tahun 1973, semua maktab perguruan menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar dalam
hampir semua kursus.
Dasar bahasa Melayu di universiti tidak
terpisah daripada dasar bahasa Melayu dalam Perlembagaan Malaysia dan dasar
pelajaran kebangsaan. Dewasa ini pelajar yang mengikuti pengajian di universiti
diwajibkan mendapat sekurang-kurangnya pangkat lulus dalam bahasa Melayu di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, melainkan Universiti Teknologi Malaysia
yang memerlukan kelulusan sekurang-kurangnya taraf kepujian. Di universiti tempatan, kedudukan penggunaan
bahasa Melayu dapat dilihat dari aspek pengajaran dan aspek pentadbiran. Dalam
bidang pengajaran, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar untuk mata
pelajaran tertentu, dan juga diajar sebagai satu mata pelajaran. Dalam bidang
pentadbiran, pada umumnya, bahasa Melayu sudah digunakan sepenuhnya. Pelaksanaan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di universiti telah menunjukkan
perkembangan yang menggalakkan. Menjelang tahun 1983, pelaksanaan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran sastera di peringkat tahun
pertama dilaksanakan.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan
Sepanjang bahasa Melayu digunakan sebagai
bahasa lingua franca dari zaman Sriwijaya hingga hari ini, bahasa Melayu
telah berperanan sebagai alat perpaduan. Pada masa Sriwijaya berkuasa, kemudian
diikuti pula oleh Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Johor-Riau, bahasa
Melayu telah menjadi alat perpaduan yang menyatupadukan suku-suku bangsa di
Nusantara. Pada masa penjajahan Inggeris dan Belanda, bahasa Melayu masih
memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan. Apabila Malaysia dan Indonesia
didatangi oleh suku-suku bangsa yang bukan serumpun dengan suku-suku bangsa di
Nusantara, iaitu Cina dan India, sekali lagi bahasa Melayu memainkan peranan
sebagai bahasa perpaduan. Bangsa-bangsa pendatang ini bersedia menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara pelbagai kaum di Malaysia.
Penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi dan bahasa kebangsaan oleh semua kaum adalah suatu tanda bahawa mereka
menerima konsep bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan
masyarakat Malaysia. Mereka menerima bahawa bahasa Melayu patut dipelajari oleh
semua kaum agar mereka dapat berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain.
Oleh itu, mata pelajaran bahasa Melayu diwajibkan kepada semua pelajar pada
semua peringkat sekolah, sebaik sahaja bahasa Melayu dijadikan bahasa
kebangsaan Malaysia. Oleh itu, bahasa Melayu bertindak sebagai alat yang
menghubungkan penutur-penutur daripada berbagai-bagai bangsa dan berupaya untuk
menyatupadukan bangsa yang dikenal sebagai bangsa Malaysia.
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Komunikasi
Komunikasi bermaksud perhubungan antara
orang dengan orang atau antara organisasi dengan organisasi, dengan menggunakan
bahasa atau isyarat. Komunikasi ini boleh berbentuk lisan atau tulisan dalam
erti kata yang tradisional. Sebaliknya, pada zaman serba canggih ini,
komunikasi boleh mengambil bentuk-bentuk yang berbeza. Sebagai contoh, filem
dapat menjadi alat komunikasi yang sangat berkesan. Cerita yang dipaparkan
dapat menimbulkan pelbagai perasaan dan emosi. Oleh itu, sesebuah filem dapat
menaikkan imej seseorang atau sesebuah negara ataupun sebaliknya. P. Ramlee,
melalui filem-filemnya telah meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang mampu
merentasi batasan bangsa dan budaya dan telah diterima oleh mesyarakat pada
ketika itu sehingga kini. Bahasa Melayu dalam konteks komunikasi tradisional
telah memainkan peranannya sebagai bahasa lingua
franca semenjak zaman Empayar Sriwijaya lagi. Pada hari ini, hampir semua
rakyat Malaysia dapat berkomunikasi dengan menggunakan bahasa kebangsaan kita.
Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa dalam semua bentuk komunikasi
secara meluas melainkan dalam sektor swasta.Bahasa Melayu sebenarnya mempunyai
potensi untuk menjadi bahasa antarabangsa kerana empat buah negara Asia
Tenggara, iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi.
“Era digital”, “dunia tanpa sempadan”,
dan “global” adalah istilah-istilah yang menggambarkan senario masa depan
dunia. Era baru ini dapat dijadikan jentera untuk memperkaya sesuatu bahasa dan
memperkenalkannya ke seluruh dunia. Satu daripada cara untuk memperkenalkannya
ke seluruh dunia adalah dengan menggunakan Internet. Pada masa yang sama,
bahasa Melayu dapat diperkenalkan melalui program “Belajar Bahasa Melayu”
melalui internet.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Urusan Perniagaan
Kadar penggunaan bahasa Melayu dalam
urusan perniagaan amat bergantung pada sejauh mana penutur-penutur ibunda
bahasa itu menggunakannya dalam urusan perniagaan mereka. Sekiranya banyak
antara mereka terlibat dalam perniagaan, maka bahasa yang digunakan mereka akan
dijadikan alat komunikasi dalam urusan perniagaan dengan meluas. Bahasa
Inggeris, sebagai contoh, menjadi pilihan ahli-ahli perniagaan pada masa kini
kerana besarnya jumlah perniagaan yang dijalankan oleh negara-negara yang
menggunakan bahasa Inggeris seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan
Britain. Sebaliknya, bahasa Melayu tidak akan menjadi bahasa perantaraan dalam
kalangan ahli perniagaan sekirannya negara-negara yang menggunakan bahasa
Melayu tidak cergas terlibat dalam bidang tersebut.
mohon copy
ReplyDeletemohon copy ya. terima kasih :)
ReplyDelete