Ciri-Ciri Bahasa
Menurut Lyons (1988) bahasa-bahasa di dunia memilik sifat dan ciri
sepunya. Ia merangkumi cara menyampaikan perasaan, menanyakan soalan,
mengemukakan permintaan, memberi perintah dan membuat kenyataan. Oleh sebab bahasa boleh berkembang dan berubah
maka kerap terdapat istilah-istilah baharu di dalam sesuatu bahasa berbanding
dengan bahasa yang lain. Semua bahasa terdiri daripada konsonan dan vokal serta
gabungan kedua-duanya akan menghasilkan bunyi yang bermakna. Manakalan set-set
konsonan dan vokal bila bercantum akan menghasilkan ayat-ayat yang berbeza.
Bahasa Sebagai Satu Sistem
Maksudnya ialah bahasa mempunyai cara serta kaedah untuk diujarkan
atau dituliskan. Kedudukan perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat
adalah teratur.
Bahasa Sebagai Satu Simbol
Bahasa sebagai simbol isyarat bersuara yang dihantar oleh penutur
kepada pendengar sebagai proses interaksi melalui saluran komunikasi tertentu.
Bahasa sebagai simbol perpaduan membawa makna bahasa tertentu itu menjadi alat
penutur utama bagi masyarakat dalam sesebuah negara.
Bahasa Sebagai Alat Komunikasi
Bahasa sebagai alat komunikasi boleh berlaku dalam dua cara iaitu
secara lisan dan tulisan. Komunikasi dua hala melibatkan penutur dan pendengar
yang memerlukan kemahiran berbahasa.
Penutur harus boleh bercakap dengan jelas melalui sebutan yang betul, kemas,
teratur dan berupaya untuk menggunakan jeda, tekanan dan gaya yang tepat.
Pendengar pula harus mendiskriminasikan bunyi-bunyi ujaran, mendengar dengan teliti, memahami dan
mentafsirkan percakapan yang didengar
dan seterusnya bertindak balas terhadap apa yang didengainya itu. Bahasa
sebagai alat komunikasi juga melibatkan jarak tempat dan jarak masa. Dengan
bantuan teknologi canggih komunikasi boleh berlaku walaupun jarak penutur dan
pendengar berjauhan antara satu dengan
yang lain.
Bahasa Bersifat Arbitrari
Ini bermakna untuk satu simbol yang sama manusia menggunakan bunyi
bahasa berbeza disebabkan oleh pengaruh budaya masing-masing. Bunyi bahasa
dengan benda yang dimaksudkan tidak semestinya ada perkaitan. Makna bahasa juga
bersifat arbitrari, seperti bunyi ring.., ring.., ring.. adalah bunyi loceng
tertentu untuk tujuan yang tertentu pula.
Bahasa Bersifat Unik
Bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu seperti binaan ayat,
susunan huruf yang membentuk perkataan dan golongan kata seperti kata nama dan
kata kerja. Bahasa bukan di warisi tetapi dipelajari maka tidak hairanlah kalau
bayi berbangsa Cina dibesarkan di dalam keluarga Melayu boleh bercakap bahasa
Melayu.
Bahasa Bersifat Sejagat.
Bahasa dapat dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja di dunia
ini. Secara umum bunyi bahasa dan gabungan perkataan dalam ayat dapat
menghasilkan makna. Dengan makna inilah manusia menggunakan bahasa untuk
berkomunikasi di antara satu dengan yang lain.
Bahasa Bersifat Dinamis
Bahasa mempunyai potensi untuk berkembang, membuat penyesuaian
serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Melalui pergaulan dan berinteraksi
di kalangan manusia berlakulah pertembungan kebudayaan menyebabkan pertambahan
dan pengayaan perbendaharaan kata
sesuatu bahasa.
Bahasa Bersifat Bervariasi
Terdapat kelpebagaian bagi sesuatu bahasa melibatkan cara dan gaya
mengujarkannya.
Pandangan pakar terhadap ciri-ciri
bahasa.
Anderson (1972)
Bahasa merupakan satu sistem terdiri dari vokal dan bunyi-bunyi
ujaran. Terdapat lambang yang arbitrari yang menjadi alat perhubungan mempunyai
kaitan rapat dengan budaya tempat bahsa itu dituturkan. Bahasa sentiasa
berubah-ubah serta mempunyai sifat khas dan unit.
Brown (1980)
Bahasa merupakan sesuatu yang sistematik yang mempunyai lambang
yang sewenang-wenangnya mungkinn bersifat bunyi, visual atau grafik. Lambang
bahasa mempunyai makna kebiasaan bersifat kemanusiaan dan universal.
No comments:
Post a Comment