Belajar
cara belajar (BCB) merupakan satu bentuk kemahiran memperoleh teknik
pembelajaran secara efektif dengan adanya dan tanpa kehadiran seorang guru.
Pelajar
perlu menguasai teknik belajar cara belajar supaya mereka dapat mengenalpasti
kelemahan dan kekuatan diri mereka dalam proses pembelajaran sama ada di dalam
kelas mahupun luar kelas. Hal ini mampu mendorong pelajar tersebut berusaha
untuk mencari jalan dalam mengatasi kelemahan dan menggunakan kelebihan dan
kekuatan yang ada untuk memaksimumkan tahap pencapaian dalam pelajaran.
Kemahiran
belajar melibatkan beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar.
Menurut Sabri Samad (2003), kemahiran belajar ialah prinsip, teori umum, dan
kaedah tertentu yang mampu melipatgandakan keberkesanan belajar. Kemahiran
Belajar juga ditafsirkan sebagai kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh
dan memproses maklumat.
Terdapat banyak
konsep kemahiran belajar secara berkesan, antaranya ialah belajar merupakan
salah satu kegiatan yang melibatkan penghafalan. Pelajar tersebut akan
menggunakan kaedah penghafalan dalam teknik pembelajarannya. Selain itu, belajar
juga memerlukan pelaksanaan latih tubi yang berterusan. Hal ini dapat membantu
ingatan seseorang agar tidak mudah lupa maklumat-maklumat penting dalam
pembelajaran. Belajar juga merupakan hasil pengumpulan maklumat dan membuat
rujukan kerana dengan melaksanakan proses pembelajarn banyak input dan fakta
baru serta maklumat yang boleh diperoleh.
Pandangan seseorang
terhadap konsep belajar ini boleh mempengaruhi melalui tingkah lakunya.
Contohnya, bagi seseorang yang mempunyai pengertian bahawa belajar itu adalah
menghafal semata-mata maka tingkah lakunya di dalam belajar banyak ke arah
menghafal sesuatu. Kebanyakan pelajar tidak memahami sesuatu pembelajaran
tersebut. Maka, mereka akan menghafal fakta penting bagi menduduki peperiksaan.
Manakala, jika pandangan belajarnya ke arah latih tubi pula maka tindakannya
banyak ke arah membuat latihan, membuat ulangkaji dan seumpamanya.
Penguasaan kemahiran
Belajar Cara Belajar amat penting bagi pelajar lantaran terhadnya masa pengajaran
dan pembelajaran (P&P) dalam kelas. Hal ini menyebabkan pelajar juga
mendapat ilmu pengetahuan yang terhad. Oleh yang demikian, pelajar perlulah
menguasai dan memahami teknik belajar cara belajar agar dapat memperoleh
maklumat tambahan dan menigkatkan prestasi mereka daln sesuatu pembelajaran.
Dalam erti kata lain, BCB membantu pelajar agar mampu melaksanakan kemahiran
belajar mereka secara berkesan tanpa kehadiran seorang guru. Oleh itu, pelajar
mampu menilai tahap pembelajaran mereka sendiri dan seterusnya dapat memikirkan
cara dalam meningkatkan prestasi mereka sendri.
Pembelajaran turut
melibatkan usaha dalam menguasai kemahiran dan pengetahuan di samping membentuk
sikap pelajar itu sendiri. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan
menunjukkan individu mempunyai kemahiran belajar yang berbeza ketika memproses
sesuatu maklumat. Kaedah tersendiri yang digunakan oleh setiap individu ketika
mencari, menyimpan dan mengeluarkan semua maklumat dikenali sebagai gaya
pembelajaran (Felder dan Henriques, 1995). Oleh itu untuk Berjaya, setiap
pelajar perlu memiliki sikap ingin belajar dan mampu menguasai kaedah belajar
agar pengetahuan dan kemahiran dapat diperolehi.
Kesimpulannya,
Kemahiran Belajar adalah satu proses tindakan seseorang untuk mendapatkan
perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan. Tambahan pula, Kemahiran
Belajar juga dikenali sebagai hasil pengalaman individu iyu sendiri dalam
melaksanakan interaksinya dengan persekitaran. Selain itu. Kemahiran belajar
merupakan satu proses yang digunakan oleh seseorang untuk memproses maklumat
yang diperoleh dan membawa kepada perubahan atau peningkatan tingkah laku.
Dalam kemahiran belajar ini, hanya beberapa maklumat penting sahaja yang masuk
ke dalam minda dan disimpan dalam memori. Hal ini dapat mengelakkan daripada
seseorang itu terlupa akan maklumat yang penting.
tq..membantu dalam masa singkat untuk menyelesaikan tugasan..sori.terpetik sedikit sebanyak isi.hehe.ch0w lu.sambung wat esaimen.satgi kne submit :D
ReplyDeletepinje bt asimen skit.hehe..che long
ReplyDeletetak nampak nk baca
ReplyDelete