Tuesday, 14 August 2012

Golongan Kata


       Kata dapat digolongkan kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas tergolong sebagai kata utama kerana masing-masing menjadi unsur utama (inti utama) frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Sebaliknya kata tugas tidak boleh menjadi frasa endosentrik (frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif) tetapi masuk kedalam binaan frasa, klausa dan ayat melalui hubungannya dengan kata lain dalam tiga golongan kata itu atau berhubung dengan binaan frasa dan klausa secara langsung.

Kata nama

Kata nama ialah sejumlah kata yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama. Kata nama dapat dibahagikan kepada kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Kata nama adalah segala perkataan yang menduduki kedudukan nama dalam struktur-struktur tertentu ayat-ayat bahasa Malaysia.

 Kata nama khas

Kata nama khas ialah kata nama yang mendukung makna rujukan khusus kepada sesuatu benda atau orang. Huruf pertama kata nama ini ditulis dengan huruf besar. Dapat dibahagikan kepada kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.

Kata nama am

Kata nama am adalah nama umum yang diberikan bagi menyebut segala benda, perkara, proses, kejadian, keadaan, dan konsep yang abstrak.

Kata nama am
Bukan institusi
-jalan
-rumah
Hidup

Manusia
-ayah
-guru

Bukan manusia
-burung
-harimau
Institusi
-hospital
-jabatan

Tak hidup





 










 Kata ganti nama

Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan kata nama am atau kata nama khas.

Kata ganti nama
 


Pertama
-aku
-beta
-kami

Kedua
-anda
-kamu
-kalian
Kata ganti nama tunjuk
-itu
-ini
Kata ganti nama diri orang
Kata ganti nama diri tanya
-apa
-mana
-siapa

Kata ganti nama diri

 





















Kata kerja

Kata kerja ialah sejumlah kata yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.terbahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

 Kata kerja transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama untuk menyempurnakan maksudnya.

Kata kerja aktif transitif

          Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat  dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja. Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-, sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-…kan, me-…i, memper-…kan, memper-…i atau akhiran –i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat.
Contoh:
      i.        Samad membacakan ayahnya surat.
    ii.        Pengarang itu menulis buku.
   iii.        Aminah sedang mencuci pakaian.
   iv.        Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.


Kata kerja aktif tak transitif

         Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh, datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan-imbuhan : me-, ber-, ber-…an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta, terjatuh, dan bersendirian.
          
Contoh :      i.        Pegawai itu berkereta ke pejabat.
    ii.        Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam.
   iii.        Anak Pak Mat menangis di dalam bilik.
   iv.        Gadis itu tersenyum.
    v.        Padi sedang menguning.
   vi.        Pemuda itu sedang berbual.
 
 Kata kerja pasif

Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif. Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis dan sebagainya. Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai dan sebagainya. Kata kerja pasif ke …..an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan dan sebagainya.

 Kata Adjektif

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, sungguh dan sangat.

Darjah Penghabisan

Darjah penghabisan dalam bahasa Melayu dinyatakan dengan menggunakan cara-cara berikut:
1.    se + kata adjektif + gandaan + kata nama
              I.        sepandai-pandai tupai
            II.        setinggi-tinggi gunung
           III.        sekeras-keras batu
          IV.        sebaik-baik manusia
           V.        secantik-cantik bunga
 2.    yang + ter- + kata adjektif
              i.        yang terbesar
            ii.        yang terpandai
           iii.        yang tertinggi
 3.    paling + kata adjektif
              i.        paling besar
            ii.        paling pandai
           iii.        paling tinggi
           iv.        paling lemah
            v.        paling baik
  4.    kata adjektif + sekali
              i.        besar sekali
            ii.        pandai sekali
           iii.        tinggi sekali
           iv.        lemah sekali
            v.        baik sekali
 5.    yang + ter- + amat atau sangat
              i.        yang teramat pandai
            ii.        yang teramat mulia
           iii.        yang teramat tinggi
           iv.        yang tersangat lemah
            v.        yang tersangat baik
           vi.        yang tersangat cantik
 6.    amat atau sangat atau sungguh + adjektif + sekali
              i.        amat cantik sekali
            ii.        sangat cantik sekali
           iii.        sungguh cantik sekali
           iv.        amat pandai sekali
            v.        sangat pandai sekali
           vi.        sungguh pandai sekali
  



Kata Tugas

Kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain. 

 Kata Penyambung Ayat

Kata penyambung ayat ialah kata hubung iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis iaitu ayat majmuk. Terbahagi kepada dua iaitu kata hubung gabungan (kata hubung setara) dan kata hubung pancangan (kata hubung tak setara).

Kata hubung gabungan

Menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Antara kata yang tergolong sebagai kata hubung gabungan termaksuklah atau, dan, lalu, malahan, serta, sambil dan tetapi.
Contoh ayat:a)    Dia membaca sambil mendengar muzik.
b)    Jay gemar akan buah durian dan ciku.
 
 Kata hubung pancangan

Berperanan menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama.terbahagi kapada tiga jenis iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan.

 Kata hubung pancangan relatif

Digunakan untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Kata relatif yang digunakan ialah yang.
Contoh ayat:
Lelaki yang meminang anak gadis Tuk Penghulu sudah berumur.

Kata hubung pancangan komplemen

Digunakan untuk menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Kata komplemen yang digunakan ialah bahawa dan untuk.
Contoh ayat:
Puan Nik menyatakan bahawa kelasnya pada pagi itu batal.
Kerajaan perlu meningkatkan sektor pertanian untuk mengawal inflasi.

 Kata hubung pancangan keterangan

Berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama.
Kata hubung keterangan
Contohnya
Keteranagn sebab
kerana, lantaran, oleh sebab
Keterangan syarat
sekiranya, kalau, jikalau, andai kata, jika
Keterangan akibat
hingga, sehingga
Keterangan waktu
sementara, ketika, setelah, tatkala
Keterangan pertentangan
walaupun, sungguhpun, sekalipun
Keterangan tujuan
agar, supaya, untuk
Keterangan cara
Dengan
Keterangan bandingan
seolah-olah, seperti

Kata Praklausa

Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat. Tugas perkataan-perkataan ini adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengayaan atau sebagai penerang pangkal kepada klausa.

 Kata seru

Kata seru digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan dan menghasilkan ayat seruan. Antara perasaan yang dimaksudkan itu termasuklah hairan atau takjub, sedih, terkejut, marah dan gembira. Antara kata seru yang terdapat dalam bahasa Melayu termasuklah aduh, aduhai, ah, amboi, celaka, cis, eh, oh, syabas, wah dan wahai. Contoh penggunaan kata seru di dalam ayat adalah seperti berikut:

       i.        Aduh, bisanya tikamanmu, Tuah!
      ii.        Cis, pantang datuk nenek aku dinista begitu!
    iii.        Ehem, aku tahulah engkau baru dinaikkan pangkat!
    iv.        Wah, cantiknya kereta ini!

 Kata Tanya

Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Dalam ayat kata tanya hadir sebagai predikat atau sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kata tersebut perlu disertai partikel –kah. Contoh penggunaan kata tanya dalam ayat adalah seperti berikut:

           i.        Apakah nama pentadbiran Malaysia yang baru?
          ii.        Mengapakah Encik Roslan lewat?
         iii.        Benda yang dibawa Thomson itu apa?
         iv.        Yang menang dalam pertandingan itu siapa?

 Kata perintah

Digunakan dalam ayat perintah untuk menimbulkan sesuatu tindak balas. Antara contoh kata perintah ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Contoh penggunaan kata perintah dalam ayat adalah seperti berikut:
      i.        Jemput duduk Encik Ishak.
    ii.        Tolong duduk diam.
   iii.        Usah dikenang perkara yang lalu.
   iv.        Harap pelajar tidak melalui kawasan ini.
 
 Kata pembenar

Digunakan untuk mengesahkan sesuatu pertanyaan. Kata pembenar dalam bahasa Melayu ialah ya, benar dan betul. Contoh penggunaan kata pembenar dalam ayat adalah seperti berikut:
      i.        Benar, Institusi Perguruan Kota Bharu selalu ketiadaan air.
    ii.        Betul, Puan Narita ketua Jabatan Bahasa Melayu.
   iii.        Ya, tentera Jepun telah mendarat di Pantai Sabak.

 Kata pangkal ayat

Hadir dibahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Kerap digunakan dalam bahasa klasik. Antara kata pangkal ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah hatta, maka, syahadan, alkisah, arakian dan sebermula. Contoh penggunaan kata pangkal ayat ialah:
      i.        Alkisah maka tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas.
    ii.        Maka Seri Teri Buana pun keluar semayam dihadap Demang Lebar Daun.
   iii.        Adapun pada zaman itu Hang Jebat bukan barang-barang orang. 

 Kata Prafrasa

Kata prafrasa ialah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif yang berfungsi sebagai membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang.

Kata bantu
                                         Kata bantu
Bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkan makna-makna tambahan daripada segi aspek waktu atau ragam.
 
 
 
Kata bantu ragam
Menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.
-boleh
-dapat
-harus
-hendak
-mahu
-mesti
Kata bantu aspek
Menimbulkan suasana perbezaan masa samada masa lampau kini atau hadapan.
-akan
-belum
-masih
-pernah
-sedang
-sudah
-telah


























 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Kata penguat
 


Kata penguat
Kata yang mendahului atau mengikuti kata adjektif. Fungsinya adalah untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
Kata penguat belakang
-benar
-betul
-nian
-sekali
Kata penguat bebas
-amat
-sangat
-sungguh
Kata penguat hadapan
-terlalu
-paling
-agak
 


















 Kata penegas

Berfungsi memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas terbahagi kepada dua jenis iaitu yang menegaskan frasa predikat atau bahagian-bahagiannya yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu subjek dan predikat. Kata penegas hanya menegaskan frasa predikat atau bahagian-bahagiannya ialah –kah, -tah dan –lah. Antara kata penegas yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat ialah juga, jua, pun, sahaja, lagi dan memang.

Kata nafi

Kata yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat. Kata yang tergolong sebagai kata nafi ialah kata bukan dan tidak. Kata bukan menjadi unsur nafi kepada frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif sekiranya kedua-dua frasa itu membawa maksud pertentangan maklumat. Kata tidak pula menjadi unsur nafi kepada frasa kerja dan frasa adjektif.

 Kata pemeri

Menjadi unsur pemerihal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Kata pemeri hanyalah kata ialah dan adalah. Kata pemeri ialah hadir dihadapan frasa nama dan menunjukkan persamaan atau ekuatif. Kata pemeri adalah hadir dihadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama yang menunjukkan huraian atau kualitatif. Biasanya kata pemeri tidak boleh hadir bersama kata nafi dan juga tidak boleh hadir dihadapan frasa kerja.

Kata sendi nama

Hadir dihadapan kata nama atau frasa nama dan berfungsi untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
Bil
Kata sendi nama
Fungsi
1
di
Digunakan untuk menunjukkan tempat
2
ke
Digunakan untuk menunjukkan tempat atau arah yang dituju serta waktu
3
dari
Digunakan untuk menyatakan arah, tempat dan waktu
4
daripada
Digunakan untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarab. Juga kepada sumber atau asal kejadian sesuatu benda serta perbezaan dan perbandingan
5
kepada
Digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk kepada manusia, haiwan dan unsur mujarab serta pecahan dan perubahan keadaan 
6
pada
Digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat dalam ungkapan ada pada manusia dan haiwan serta benda   konkrit
7
demi
Digunakan untuk menunjukkan maksud tujuan, penegasan dan urutan

8
untuk/bagi
Kata sendi nama untuk bervariasi dengan bagi dan berfungsi menunjukkan kegunaan sesuatu. Untuk menyatakan maksud   bahagian yang diperuntukkan, hanya kata sendi nama untuk digunakan
9
tentang
Digunakan untuk menunjukkan maksud rujukan sesuatu yang umum atau mujarab
10
seperti/bagai/
umpama/laksana
Membawa maksud perbandingan atau persamaan
11
dengan
Membawa maksud bersama-sama, keterangan cara, penggunaan alat dan perbandingan yang serupa
12
sejak
Membawa maksud bermula dari sesuatu masa
13
terhadap
Membawa maksud rujukan sesuatu yang konkrit
14
akan
Digunakan selepas kata adjektif yang bersifat emotif
15
oleh
Digunakan selepas kata kerja pasif berawalan di- dan ter- dan kata bantu pasif kena serta sebab
16
hingga/sampai
Digunakan untuk menyatakan perihal peringkat had waktu dan tempat
17
dalam/antara
Digunakan untuk bawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak

 Kata arah

Hadir sebelum frasa nama dan biasanya digunakan sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh kata arah ialah antara, atas, bawah, barat, belakang, hadapan, luar dan sebagainya.

 Kata bilangan

Kata yang menjadi penerang jumlah pada frasa namala)    Kata bilangan tentu – lima, sebelas, seribu dan sebagainya
b)    Kata bilangan tak tentu – beberapa, para, sedikit dan sebagainya
c)    Kata bilangan himpunan – berbaga-bagai, beribu-ribu, berjuta-juta
d)    Kata bilangan pecahan – sesetengah, suku, separuh
e)    Kata bilangan pisahan – masing-masing, tiap-tiap dan setiap

 Kata pascakata

Kata yang hadir selepas sesuatu kata iaitu –nya. Kata penekan memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contohnya ialah sebenarnya, nampaknya, sesungguhnya dan sebagainya.

Kata pembenda menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama menjadi kata nama. Antaranya ialah sakitnya, kuatnya, panjangnya dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment