Akhlak
sepertimana yang telah diberitahu oleh Imam Al-Ghazali (m. 505H.) bahawa ianya
terbahagi kepada dua jenis iaitu akhlak mahmudah iaitu terpuji dan akhlak
mazmumah iaitu sifat yang tercela disisi Allah. Oleh sebab itu, berakhlak mulia
amatlah penting untuk diamalkan oleh umat islam kerana penghayatan kepada
keperibadian yang baik akan membawa kesan yang baik kepada individu, masyarakat
dan negara.
Berpegang
kepada Al-Quran dan As-Sunnah
Jasad yang
tidak ada roh, maka tidak akan bernyawalah manusia itu. Begitu juga dengan
seseorang yang beragama islam itu dimana akhlak adalah roh kepada agama islam
yang ada padanya. Pada zaman jahiliyyah di mana manusia berada dalam kesesatan
walaupun telahpun didakwah oleh para nabi dan rasul ke jalan yang benar, mereka
telah melakukan pelbagai kerosakan dan kemaksiatan di atas muka bumi ini hasil
daripada godaan syaitan dan dorongan nafsu yang tidak dikawal dengan baik.Membunuh
anak perempuan sendiri, menyembah patung berhala yang dibaut sendiri, menindas
dan memulau kaum yang rendah martabatnya adalah contoh kepada kerosakan akhlak
yang berlaku pada manusia zaman tersebut.
Justeru
itu, Allah telah mengutuskan para nabi dan rasulnya di atas dasar untuk membawa
agama islam di atas muka bumi ini sejurus membetulkan akhlak manusia yang telah
rosak disesatkan oleh syaitan yang durjana. Di dalam ayat- ayat Allah banyak
berunsurkan peringatan dan juga kecaman bagi memberi panduan kepada ummat
manusia. Allah memberi contoh pengabaian kepada berakhlak mulia boleh mengulang
kembali kerosakan di atas muka bumi ini seperti umat nabi-nabi terdahulu yang
telah diazab dengan dengan azab yang pedih oleh Allah atas perbuatan mereka
yang didorong oleh akhlak mereka yang tercela.
Dengan
berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah akan membantu manusia menjadi insan
yang berkahlak mulia kerana segala contoh berada di dalam dua rujukan ini.
Cintakan
syurga, takutkan neraka.
Manusia adalah antara makhluk Allah
yang akan dihisab kelak apabila tiba hari kiamat nanti. Sepertimana manusia
menilai manusia yang lain dengan usaha dan akhlak, begitu juga dengan Allah
yang membuat penilaian ke atas manusia pada hari kiamat kelak dengan menilai
setakat mana keperibadian dan akhlak manusia sepanjang mereka hidup di atas
muka bumi ini. Dengan dakwah-dakwah yang telah disebarkan oleh para rasulnya,
Allah sudah menjanjikan kepada hambanya yang beriman dan berakhlak manusia
dengan balasan syurga yang tidak terkira nikmatnya.
Itu boleh dibuktikan
melalui Sabda Rasulullah saw yang
bermaksud :"Tiada sesuatu yang lebih berat dalam daun timbangan
melainkan akhlak yang baik." Dengan beratnya timbangan kebaikan kita
dengan akhlak yang baik, itulah yang dapat menjanjikan syurga kepada manusia
seluruhnya. Namun begitu, api
neraka Allah tidak akan teragak-agak untuk menyeksa hamba-hamba Allah yang
ingkar pada perintah Allah dengan mengamalkan sifat-sifat mazmumah iaitu akhlak
yang tercela disisi Allah.
Sentiasa
meningkatkan iman.
Setiap
manusia yang hidup di atas muka bumi Allah ini mempunyai nilai iman yang
berlainan bergantung kepada amalan dan akhlak muslim dan mukmin yang mereka
kerjakan dalam seharian. Sebagai hamba Allah yang lemah, manusia sepatutnya
cuba mencari dan mendapatkan keimanan yang paling tinggi kepada Allah. Salah
satu daripada cara untuk menilai tingkatan iman yang ada pada seseorang ialah
pada akhlaknya.
Hal ini sejajar dengan sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Siapakah orang mukmin yang paling baik
imannya? Jawab Rasulullah: Ialah orang yang paling baik akhlaknya.”(HR.
Imam Ahmad).Ini membuktikan bahawa akhlak adalah amat penting kepada individu
muslim itu sendiri. Tanpa penghayatan yang lengkap dengan ajaran islam yang
mengajar tentang kemuliaan akhlak dan keimanan, maka sukarlah untuk terbentuk
akhlak yang baik dan diredhai Allah dalam sesuatu individu itu.
Menganggap
kita adalah “ Duta Islam”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Apakah
al-Din itu wahai Rasulullah?Al-Din itu ialah akhlak yang baik”. Dalam hadis
ini, Allah telah menekankan kepada umat manusia supaya berakhlak yang mulia
kerana akhlak itu sendiri adalah cerminan pada agama kita. Islam itu bukanlah
semata-mata agama ataupun ajaran, namun ianya adalah panduan hidup dan cara
hidup yang telah diberitahu oleh allah melalui para rasulnya kepada manusia.
Hanya dengan akhlah baik sahajalah yang akan menunjukkan bahawa agama yang ada
pada seseorang itu adalah agama islam yang sebenar-benarnya dan mengamalkan
kesemua arahan dan meninggalkan larangan Allah. Tanpa akhlak, tiadalah islam
pada seseorang itu dan tanpa islam, maka kufurlah manusia itu kepada Allah.
Meniru
akhlak dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W
Manusia yang
hidup pada zaman sekarang adalah umat kepada Nabi Muhammad S.A.W dan sudah
tiada lagi nabi dan rasul selepasnya kerana bagindalah rasul dan nabi akhir
zaman. Justeru itu, Allah telah berjaya mendidik Rasulullah dengan akhlak yang
paling mulia dan lengkap supaya umat manusia selepasnya akan mencontohi baginda
sebagai sebaik-baik contoh kepada akhlak yang mulia disisi Allah sepertimana
hadis dari Anas menyatakan: “Nabi S.A.W adalah manusia dengan akhlak yang terbaik.” (HR.
Muslim dan Abu Daud).
Dalil ini juga dapat dikuatkan lagi dengan hadis yang
lain iaitu: “Sesungguhnya
aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”(HR. Bukhari).
Allah juga telah menunjukkan bukti yang nyata bahawa baginda Rasulullah adalah
contoh ikutan yang terbaik kepada manusia sepertimana firmannya dalam ayat 21,
Surah Al-Ahzab:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri)
Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap
(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”
Oleh sebab itu, sudah tidak ada lagi sebab yang lain bagi
manusia untuk tidak berakhlak mulia kerana sudah tidak ada lagi manusia yang
mempunyai akhlak yang paling agung dikalangan manusia melainkan Nabi Muhammad
S.A.W sepertimana disebut oleh Allah dalam Al-Quran di dalam ayat keempat Surah
Al-Qalam yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti
yang agung”. Tanpa pengamalan akhlak mulia yang ditonjolkan oleh Nabi
Muhammad, maka amat mudahlah bagi manusia untuk melakukan maksiat dan kerosakan
di atas muka bumi Allah ini.
Menganggap
akhlak juga merupakan ibadah.
Akhlak dan
ibadah adalah perkara yang amat berkait rapat antara satu sama lain. Ibadah
mungkin ditafsirkan oleh manusia pada zaman sekarang sebagai amalan-amalan
agama seperti solat dan puasa, namun isi kandungan dan penghayatan kepada
ibadah itu sendiri tidak diambil endah dan tidak dititikberatkan.Sebenarnya
akhlak adalah buah kepada ibadah.Ini dapat dilihat dalam firman Allah dalam
Surah Al- Ankabut, ayat 45 yang bermaksud:
“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu al kitab
(al qur'an) dan dirikanlah salat.sesungguhnya salat itu mencegah dari
(perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat allah
(salat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain). Dan
allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Menerusi
ayat ini, kesinambungan antara ibadah dan akhlak dapat dilihat dimana Allah
telah mengatakan bahawa dengan menunaikan solat, ia akan dapat mencegah manusia
daripada melakukan kemungkaran dan maksiat. Ini terbukti bahawa hanya dengan
ibadah sahajalah yang akan membuahkan akhlak yang baik sepertimana akhlak
Rasulullah S. A.W.
Pengabdian
hamba kepada Pencipta.
Sebagai
hamba kepada tuan kita semestinya ingin memberikan khidmat yang terbaik kepada
tuan kita agar mendapat ganjaran yang setimpal dengan perkidmatan kita. Begitu
jugalah kita perlu berkhidmat kepada Tuan kita iaitu Allah. Rasulullah S.A.W
menasihati sahabatnya, baginda membandingkan antara nasihat untuk bertaqwa
dengan nasihat untuk bergaul dan berakhlak yang baik kepada manusia sebagaimana
hadits daripada abi dzar, ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : “Bertaqwalah kepada allah
dimanapun engkau berada dan balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik
niscaya kebaikan itu akan menutupi kejelekan dan bergaullah dengan manusia
dengan akhlak yang baik.” (HR Tirmidzi, hadis hasan, dan disahihkan oleh
syaikh Al Salim Al Hilali).
Dalam timbangan (mizan) amal pada hari kiamat tidak ada yang lebih berat daripada pada akhlak yang baik, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: “ sesuatu yang paling berat dalam mizan (timbangan seorang hamba) adalah akhlak yang baik.” (HR. Abu Daud dan Ahmad, disahihkan Al Bani. Lihat ash Shahihah Juz 2 hal 535).
Oleh itu, berakhlak juga merupakan sifat taqwa kepada
pencipta iaitu takut dengan ertikata cintakan Allah untuk berkhidmat kepadan
Nya.
karangan ni semua tentang allah
ReplyDeleteTrue
Delete