Tatabahasa
adalah bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan proses pembinaan ayat
sesuatu bahasa (Nik Safiah Karim & Norlidza Shamsudin, 2008). Menurut
Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah peraturan-peraturan
bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung
dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan
kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian
unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.
Menurut
Noam Chomsky, seorang ahli bahasa, tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu
kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh pengguna bahasa sesuatu bahasa itu,
dan ia menjadi dasar untuk melahirkan asperasi bahasa yang baik dan indah,
serta menjamin kemantapan bahasa sesuatu bahasa. Menurut Chomsky lagi,
tatabahasa berfungsi dalam memisahkan bentuk-bentuk bahasa yang gramatis,
daripada yang tidak gramatis. Tatabahasa berperanan untuk menghuraikan
pemilihan pengguna bahasa itu untuk membina ayat-ayat yang baik. Oleh itu,
dapatlah dinyatakan bahawa ia merupakan dasar yang menjadi pedoman dan pegangan
dalam menentukan betul atau salah sesuatu bentuk bahasa pertuturan atau
penulisan yang dihasilkan.
Menurut
Robin (1971:172) pula menyatakan bahawa tatabahasa merupakan suatu yang menitik
beratkan struktur uturan pertuturan atau penulisan dan dengan penggolongan
serta pengkelasan unsur-unsur pertuturan yang berulang-ulang berdasarkan
rumus-rumusnya.
Bagi
A.Koutsaudas (1969:1) tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu alat yang
menggunakan untuk menghasilkan ayat-ayat yang betul yang tidak terbatas
jumlahnya dalam sesuatu bahasa dan tidak ada satupun yang salah.
Menurut
Tatabahasa Dewan, aspek tatabahasa menyentuh kepada dua sudut, iaitu melibatkan
cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan cara perkataan disusun
menjadi ayat. Huraian di peringkat perkataan disebut morfologi, manakala
huraian di peringkat ayat disebut sintaksis.
Dapat
dirumuskan bahawa tatabahasa merupakan suatu teori bahasa yang harus disusun
dengan tepat, lengkap, dan mudah difahami. Ianya dapat dihuraikan dengan jelas
tentang kebolehan bahasa disusun dan digunakan oleh penutur natif sesuatu
bahasa. Tatabahasa sesuatu bahasa itu mengandungi tiga bidang utama, iaitu
sintaksis, semantik dan fonologi. Tatabahasa menjadi suatu dasar dalam menyusun
sesuatu ayat dengan betul.
Tatabahasa
juga boleh dilihat sebagai teori tentang peraturan yang menghuraikan ayat-ayat
dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat, dan lengkap.
Tinjauan dalam bidang tatabahasa dilakukan dalam dua segi iaitu dari segi cara
perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa (morfologi) dari segi perkataan-perkataan disusun menjadi ayat
(sintaksis).
penjelasan yang sangat terperinci
ReplyDelete