Morf
Morf
ialah unsur yang mewakili morfem yang bersangkutan dan mempunyai bentuk
fonologi yang berlainan. Morf ini diberi satu lambang bagi mewakili morfem yang
bersangkutan itu. Misalnya meN- yang melambangkan me-, men-, mem-,
meng-, menge- dan menye-.
Alomorf
Alomorf
ialah bentuk yang berlainan daripada satu morfem yang sama akibat daripada
pengaruh bunyi awal kata dasar yang menerima imbuhan awalan. Misalnya alomorf penye-
digunakan sebelum huruf s pada awalan kata dasar seperti semak
menjadi menyemak dan alomorf pem- pula hadir pada kata dasar yang
bermula dengan huruf p, b, f dan v.
Arkifonem
Arkifonem
ialah fonem yang ditandakan dengan huruf besar bagi mewakili unsur yang
berubah-ubah dalam morfem yang sama akibat daripada pengaruh huruf pangkal pada
kata dasar berdasarkan lingkungannya. Huruf besar digunakan bagi mewakili
arkifonem. Misalnya kata jual dan baca yang menerima morfem
{meN-} menjadi menjual dan membaca. N ini ialah arkifonem yang
mewakili fonem-fonem tersebut.
Morfofonem
Morfofonem
ini terjadi apabila morfem mengalami perubahan morfofonemik akibat daripada pengaruh
huruf awal pada kata dasar yang menerima morfem terikat berbentuk imbuhan
berdasarkan lingkungannya. Perubahan morfofonemik ini berlaku dengan mengubah
arkifonem dalam morfem dan arkifonem ini adalah ciri morfofonem.
Morfem
bebas
Morfem
bebas ialah morfem yang boleh berdiri sendiri dan difahami maksudnya tanpa
kehadiran morfem lain. Misalnya perkataan murid, jual dan baik
yang dapat berdiri sendiri dan difahami maknanya tanpa perlu menerima morfem
lain untuk membolehkannya berfungsi sebagai sesuatu kata.
Morfem
terikat
Morfem
terikat ialah morfem yang tidak boleh wujud bersendirian tanpa kehadiran morfem
lain. Morfem terikat ini terdiri daripada imbuhan dan kata akar. Kata akar
seperti tapa, tari dan rama memerlukan unsur dan morfem lain bagi
melengkapkan maknanya, contohnya kata akar tapa perlu menerima imbuhan
seperti ber- menjadi bertapa bagi menunjukkan perbuatan.
terima kasih saudara..ilmu dikongsi bersama sangat bermanfaat....lagupun syahdunya....
ReplyDelete